Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Jus Atau Smoothie Nenas Tambah Labu Siam Paling Sedap. Minuman Sihat Yang Wajib Try!

0 361

Siapa yang suka makan macam-macam tapi ada masalah kolestrol? Kerap pening, mudah mengantuk, badan lemau dan malas je nak bagun? Haaa, tu antara tanda-tanda korang ada masalah kolestrol yang tinggi tau. Jom try buat jus atau smoothie nenas tambah labu siam ni. Memang sangat baik untuk kolestrol.

Kalau badan kita ada masalah kolestrol yang tinggi, mesti rasa nak baring je. Dan hari-hari rasa malas. So, hari ni korang kena tahu yang labu siam dan nenas antara natural ingredients yang boleh membantu untuk turunkan kadar kolestrol. Mesti korang nak tahu macam mana nak buat air ni kan.

Ubat kat hospital pun korang kena ambil juga. Tapi, yang ni antara inisiatif yang korang boleh cuba. Lepas minum air ni akan ade proses detox. Perut korang mungkin akan rasa kosong dan sedap je. Kepala pun dah kurang rasa sakit. Air ni banyak sangat manfaatnya untuk tubuh badan kita.

Antara manfaat air ni adalah mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menurunkan berat badan berlebihan, membersihkan salur darah yang tersumbat, menyingkirkan toksin dalam badan, menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah dan macam-macam lagi lah.

Air ni juga mampu menurunkan kadar gula untuk pesakit diabetes. Korang boleh baca lebih di detail cara penyediaan dan cara pengambilan air labu siam ini di wall Facebook Cik Puan Aishah MizzAishah. Suami beliau juga antara orang yang mengamalkan jus atau smooties nenas tambah labu siam ni.

 

RESEPI JUS ATAU SMOOTHIE NENAS TAMBAH LABU SIAM 

Diingatkan, pesakit diabetes tidak digalakkan untuk consume nenas dengan jumlah yang banyak, risau kadar gula dalam darah meningkat. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan jus atau smoothies nenas tambah labu siam ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Sebijik nenas
  • Sebijik labu siam
  • 1 – 2 cawan air masak ikut kepekatan yang korang nak. Kalau nak buat jus, untuk smoothie tak payah tambah air.

CARA PENYEDIAAN JUS ATAU SMOOTIES NENAS TAMBAH LABU SIAM :

▶️ Kupas nenas bersih-bersih, blend tanpa air slow-slow sampai jus nenas tu keluar dan nenas hancur.

▶️ Kemudian, masukkan labu siam yang siap di potong. Ini cara kalau nak buat smoothie.

▶️ Kalau nak buat jus, boleh blend sekali nenas labu siam dan masukkan air. Blend sampai betul-betul hancur, kalau ada jus maker boleh je guna.

▶️ Simpan dalam peti ais, minum secawan 1/2 jam sebelum tidur atau secawan sebelum sarapan. Untuk yang takde masalah gastrik.

▶️ Minum ikut sukatan hari-hari sampai jus habis.

▶️ Minum air kosong banyak untuk menyingkirkan lemak dan kolestrol yang di pecahkan dengan cepat dari badan.

▶️ Untuk yang ada masalah “Asam urat/Gout” sila tanya doctor korang sebelum mencuba.

 

BACA JUGA : Resepi Bubur Ayam Ala Mcd Version Baby. No Sugar, No Salt. Memang Mudah, Cepat Dan Sedap Sangat!

 

Mudah je kan! Bahan-bahan pun tak banyak di gunakan. Yang penting jus ni tiada penggunaan gula. Selain dari manfaat di atas, air ni juga boleh melawaskan penghadaman, merawat sakit dada, merawat asthma, resdung dan gout. Yang ada asam urat atau gout kena tanya doctor dulu ye, boleh ke tak minum air ni.

Selain itu, jus atau smoothies nenas tambah labu siam ni juga mampu menambah tenaga, membuang angin dalam badan, membuang/ mencairkan lemak, membantu melegakan sakit kepala, melegakan kebas tangan dan kaki dan merawat demam selsema. So, yang ada kolestrol boleh try amalkan air ni.

InsyaAllah mungkin asbab air ni, kolestrol dalam badan boleh dikurangkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aishah MizzAishah kerana sudi berkongsi jus atau smoothies nenas tambah labu siam ini diFacebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open