Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Brownies Kedut Yang Sangat Sedap. Rangup Di Atasnya Dan Rasa Chewy Tekstur Browniesnya!

0 979

Ada tak kat sini penggemar brownies? Korang selalu buat sendiri atau pun beli? Apa kata hari ni kita follow satu resepi brownies kedut yang sangat sedap. Teksturnya rangup di atasnya dan rasa chewy ataupun kenyal. Resepi ni juga kurang manis dan paling mudah nak buat tau!

Brownies ni sangat sesuai di hidang buat tetamu yang datang kerumah. Banyak juga peniaga kecil yang menjual brownies ni secara online atau cod. Brownies ni juga sesuai di jadikan kek hari jadi, dulang hiasan hantaran dan gift untuk kesayangan.

Kalau tengok kat luar tu, ada macam-macam rupa bentuk brownies korang akan jumpa. Biasanya akan di potong dan di ukir/ di hias dengan pelbagai bentuk di atasnya. Brownies ni lebih sedap di buat nipis dan tak terlalu tebal. Potong pun kecil-kecil je. Sesuai untuk sekali suapan.

Kalau korang suka brownies yang rasanya kurang manis. Saya suggest korang follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Siti Hawa Samsam ni. Ada juga komen-komen positif dari mereka yang dah cuba, yang mengatakan resepi beliau sangat sedap dan memang tak manis.

Sukatan gula yang di gunakan dalam brownies ni sangat sesuai untuk korang yang tak suka makan-makan manis. Kekadang rasa takut nak beli kat luar. Risau tak makan habis sebab terlalu manis. Baik buat sendiri! Korang boleh adjust banyak mana gula korang nak.

 

RESEPI BROWNIES KEDUT

Brownies ni kalau beli atau tempah memang mahal. Lagi berbaloi buat sendiri. Nak buat banyak mana pun boleh. Simpan je dalam peti. Bila-bila boleh makan. Tak nak buang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 450 dark coklat coint BERLYS atau jenama lain pun boleh
  • 150 gm pure butter salted kak Hawa guna tatura
  • Brown sugar 60 gm
  • Gula kastor 30 gm
  • 3 biji telur A pastikan telur yang segar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam
  • Tepung superfine atau tepung gandum ( ayak) 110gm

CARA PENYEDIAAN BROWNIES KEDUT :

▶️ Potong butter kecil-kecil ketika butter masih sejuk.

▶️ Masukkan ke dalam periuk bersama dengan coklat. Masak dengan api sederhana sampai coklat cair sepenuhnya sentiasa dikacau guna whisk. Tak perlu sampai mendidih cukup sampai coklat dan butter cair.

▶️ Masukkan telur, gula dan esen vanila kedalam mangkuk. Kacau perlahan sahaja guna whisk sampai gula larut.

▶️ Masukkan adunan coklat tadi ketika masih suam kedalam adunan telur dan kacau rata.

▶️ Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata sampai sebati semuanya.

▶️ Sediakan loyang 10x10x2 yang diletakkan parchment paper dan sapu sedikit minyak dibawahnya.

▶️ Lebihkan parchment disebelah kiri dan kanan loyang untuk mudah nak keluarkan brownies nanti.

▶️ Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu api atas bawah pada suhu 160-170C atau ikut oven masing-masing.

▶️ Bakar selama 35-40 minit. Hentak-hentakkan dulu loyang sebelum dibakar.

▶️ Bila brownies dah masak jangan keluarkan dulu brownies, biarkan di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit untuk mendapatkan kedut atas brownies selama 15 minit, tutup suis oven terlebih dahulu. Siap!

 

BACA DULU : Resepi Telur Rebus Air Asam Viral Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Jadi Pembuka Selera Tau!

 

Laaa! Rupanya macam tu nak buat kedutan kat atas brownies. Barulah saya tahu! Saya pun penggemar tegar brownies. Tapi sebelum ni memang beli je. Sekali jumpa resepi ni, mudah je nak buat rupanya. Patutlah dulu kat office, kawan tempat kerja minggu-minggu bawa brownies ni.

Korang yang tak pernah baking pun boleh buat tau! Jelas dan mudah nak faham resepi ni. Korang cubalah dulu. Bagi anak-anak dan suami rasa. Kat bahagian atas brownies tu pula, korang boleh hias dengan eye candy yang viral sekarang ni. Next time kita share eye candy pula ok.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Siti Hawa Samsam kerana sudi berkongsi resepi brownies kedut yang sangat sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open