Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Yang Super Sedap. Simple Je, Confirm Anda Puas Hati!

0 3,377

Nak cuba tak ikan bawal masak masam manis? Resepi ni boleh dijadikan lauk makan malam. Ikan bawal akan digoreng garing terlebih dahulu sebelum dicampur dengan kuah mewah yang cukup dengan rasa masam dan manis.

Resepi ini juga sesuai dimakan dengan nasi putih. Sedap sangat tau! Ditambah pula telur dadar dan sayur kailan ikan masin. Wow, terliur dibuatnya. Biasanya kat kedai makan, masak masam manis ni akan menggunakan ikan siakap.

Tapi, kali ini gantikan siakap dengan ikan bawal. Boleh sangat cuba resepi ni, barulah tahu keenakannya sejauh mana kan. Kali ini tak perlu makan kat luar lagi, masak dirumah lebih puas hati.

Bahan memasak juga mudah diperolehi. Jadi, apa kata kita lihat perkongsian resepi dari seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Ikan bawal juga mempunyai isi yang lembut bila digoreng garing.

Disebabkan resepi ikan bawal masak masam manis ini mempunyai banyak bahan campuran yang menyebabkan ianya nampak mewah, kuahnya sedikit kering. Tapi keenakannya dijamin puas hati.

 

RESEPI IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita cuba lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara memasaknya. Mesti ramai yang nak tahu dan tak sabar nak mencubanya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 ekor Ikan Bawal (dicuci bersih)
  • 2 biji Tomato (dipotong dadu)
  • Carrot (dipotong dadu)
  • Timun (dipotong dadu)
  • 1 Akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 4-5 sudu besar Cili kisar
  • 2 helai Daun limau purut
  • 1 batang Serai (dipotong serong)
  • 3 ulas Bawang putih (diketuk)
  • 1 biji Bawang besar (dipotong dadu)
  • Cili hijau (dipotong serong)
  • Cili merah (dipotong serong)
  • 2 sudu besar Sos ikan
  • 4 sudu besar Sos cili
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL MASAM MANIS 

▶️ Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

▶️ Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.

▶️ Kemudian, masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.

▶️ Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.

▶️ Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan juga serbuk perasa. Gaul lagi.

▶️ Masukkan timun, carrot, tomato, bawang merah , cili hijau dan cili merah. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.

▶️ Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

▶️ Angkat dan taburkan daun ketumbar diatasnya. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Akok Yang Lembut Dan Sedap. Follow Je Step By Step Confirm Menjadi!

 

Siap untuk dihidang! Meriahnya ikan bawal masak masam manis kita kali ini. Rasanya juga bukan cuma masam dan manis tau, tapi ada tekstur rasa pedas dalam masakan ini.

Penggunaan cili kering tadi menyebabkan lauk ini cukup dengan semua rasa. Tak dapat pedas ni kadang-kadang tak syok juga kan. Yang dah tak ada idea nak masak apa, bolehlah cuba resepi ni.

Sekarang ni mudah je nak cari resepi, semunya dihujung jari. Nak tengok kita rajin ke tak nak masak. Semoga resepi ikan bawal masak masam manis ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open