Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Sebelum Ni Tak Pernah Makan Tomyam Pok Tek Yang Sedap. Ikan Siakap Dia Buat Kita Berselera!

0 9,140

Pernah makan tomyam di kedai Thai? Kalau dah biasa makan tomyam, wajib pula cuba makan tomyam pok tek! Pok Tek ni berbeza sikit, dengan lebih padu dan lebih sedap daripada tomyam biasa. Dan harganya juga lebih mahal.

Berbaloi dengan harganya kalau tengok daripada hasil yang kita dapat. Siapa yang suka makan pok tek ni, saya nak kongsikan resepi macam mana nak buat tomyam pok tek yang sedap dan awesome!

Siapa yang dah cuba buat sekali, confirm akan suka dan repeat lagi nanti. Nak buat pun tak susah sebab bahan-bahan yang digunakan semua mudah nak dapat.

Perkongsian daripada Cik Puan Syikin Shahrir kita ni, lengkap dan detail. Dia ajar kita step by step cara-cara nak buat tomyam pok tek kaw ala dia sendiri katanya. Risau buat tak kena dengan tekak orang lain pula kan.

Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat tomyam pok tek ni.

 

RESEPI TOMYAM POK TEK KAW

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Sedikit minyak masak utk menumis
  • Lima ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • Sebiji bawang holand dikisar
  • Sebiji bawang holand dihiris nipis
  • Seinci lengkuas – diketuk
  • Dua batang serai – diketuk
  • 2-4 helai daun limau purut
  • Sebiji tomato – dipotong baji
  • Sebiji limau nipis
  • Lima biji cili padi
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sebatang lobak merah
  • Sepuluh keping cendawan tiram
  • Empat sudu besar pes tomyam – guna jenama ni tau. Ada gambar udang kat botol pes
  • Setengah kotak Santan Kara

BAHAN UNTUK LAUK

  • 1 ekor sotong
  • 1 ekor ikan siakap
  • Boleh tambah udang dan lala jika suka

BACA JUGA: Resepi Simple Ikan Pari Bakar Marvellous! Makan Dengan Nasi Putih Panas Je Pun Sedap!

CARA PENYEDIAAN TOMYAM POK TEK KAW :

▶ Mula-mula sekali, goreng ikan siakap separuh masak.

▶ Kemudian, rebus seafood. Masukkan air tu paras lauk sahaja. Jangan rebus lama sangat.

▶ Bila dah mendidih je boleh terus padamkan api.

▶ Seterusnya, tumis bawang putih dan bawang holland. Tumis sehingga naik bau dan garing.

▶ Ramaskan daun limau purut dan masukkan serai dan lengkuas.

▶ Bila dah wangi, masukkan tomato, cili padi dan juga pes tomyam. Masak sampai naik minyak.

▶ Dah naik minyak, masukkan air rebusan lauk tadi. Biarkan mendidih seketika.

▶ Masukkan lobak merah. Tunggu sehingga lobak sedikit lembut.

▶ Baru masukkan ikan goreng siakap tadi dan sotong atau udang yang kita rebus.

▶ Perah limau nipis supaya dapat sebatikan rasa.

▶ Seterusnya, masukkan cendawan tiram dan santan. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.

▶ Cendawan dah sedikit lembut, masukkan daun ketumbar.

▶ Boleh perasakan dengan garam dan bahan perasa jika perlu.

▶ Dah siap tutup api dan boleh dihidangkan!

Resepi Tomyam pok tek ni sedap dihidangkan dengan nasi panas,  telur dadar dan juga sayur kalian ikan masin. Sedap makan dengan kuahnya tu tak terkata!

Silap-silap boleh tambah nasi lah kita jawabnya kalau dihidangkan dengan tomyam pok tek ni. Bukan kita je yang suka, mak ayah, suami dan anak-anak semua makan dengan berselera.

Kalau sebelum ni sekadar pernah dengar nama pok tek ni, tak pernah tahu macam mana rupa dan rasa dia, inilah masanya untuk kita buat sendiri dengan follow resepi mudah ni.  Sekali rasa je, confirm akan suka!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open