Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Turunkan Berat Badan Dengan Overnight Oat. Resepi Sedap Kenyang Sepanjang Hari!

0 28,905

Bila dengar oat ada yang pasti tersenyum kerana gemarkannya. Tapi tak dinafikan ada juga yang sebaliknya. Jadi resepi oat yang saya nak kongsikan hari ni, tidak sesuai untuk orang yang tidak suka makan oat dan susu.

Walau bagaimanapun resepi overnight oat ni sangat sesuai untuk yang sedang diet sebab ianya sangat mengenyangkan kita. Bak kata orang kenyang berpanjangan!

Sesuai dengan namanya, overnight oat ni dibuat pada malam hari dan dibiarkan semalaman untuk dimakan esok harinya. Sebab kita nak oat nya betul-betul kembang dan sebati dengan bahan perasa lain.

Oat yang digunakan dalam resepi ni adalah oat asli atau rolled oat. Tapi jika ada yang lebih sukkan oat instant atau nestum boleh juga gunakan dan ubah ikut kreativiti sendiri.

Overnight oat ni tidak sesuai untuk dibuat stok yang banyak. Bimbang nanti rosak jadi kita boleh buat sekali untuk 2- 3 hari sahaja.

Jom saya kongsikan resepi Cik Puan Aisha Shukor ni!

 

OVERNIGHT OAT SERIOUS SEDAP!

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Rolled oats
  • Natural yogurt perisa asli
  • Low fat fresh milk
  • Chia seed
  • Pure Honey
  • Buah Strawberry
  • Buah Epal Hijau
  • Kismis
  • Bekas jar

CARA PENYEDIAAN OVERNIGHT OAT :

▶ Basuh plastik jar dulu. Bilas dengan air panas sekali lalu. Kemudian toskan sekejap.

▶ Masukkan rolled oat sehingga separuh balang.

▶ Kemudian masukkan susu low fat sehingga paras oat. Pastikan rolled oat terendam.

▶ Seterusnya, masukkan satu sudu kecil chia seed untuk setiap balang. Bila kita makan chia seed ni, kita kena banyakkan minum air masak tau. Sebab chia seed ni panas. Bagus untuk yang diet.

▶ Kemudian, masukkan satu sudu besar yogurt perisa asli. Memang akan masam, tapi jangan risau sebab rasa dia akan blend dengan buah dan bahan lain.

▶ Masukkan kismis ke dalam balang. Anggaran dalam satu sudu kecil. Tapi jika suka, boleh letakkan banyak.

▶ Seterusnya, masukkan buah-buahan yang kita potong kecil. Selain strawberry dan apple hijau, boleh juga gunakan dragon fruit, anggur, blueberry, pisang dan pear. Elakkan buah yang berair.

BACA JUGA: Cara Buat Seafood Spaghetti Marinara Kesukaan Ramai! Resepi Simple Dan Sedap Boleh Buat Jualan!

▶ Akhir sekali, masukkan satu sudu besar madu. Gunakan madu original ianya lebih sedap.

▶ Tutup dan simpan dalam peti untuk dimakan keesokan harinya.

Tak perlu kacau tau. Bila nak makan nanti barulah kacau kesemua bahan dalam balang kita tu. Biarkan dia sejuk dalam keadaan tersusun sebegitu. Sedap betul bila dimakan ketika sejuk.

Untuk 1 balang jar ni, adalah untuk seharian punya portion tau. Bukan untuk sekali makan. Jadi boleh lah kita bahagikan sikit untuk makan pagi, lunch, petang dan dinner. Sebab sesuap dua sudu pun boleh buat kita kenyang.

Mana kan tidak, isi dalamnya rolled oat, susu, yogurt, buah lagi. Semuanya lengkap! Tapi, jika ada yang suka kan kekacang, boleh juga masukkan ke dalam balang jar tersebut.

Untuk yang nak diet, boleh cuba buat makan overnight oat ni jika nak berat turun dengan cepat.

Ramai yang dah buat dan alhamdulillah berjaya! Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua kawan- kawan baru!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open