Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Biskut Dam Yang Sedap Dan Rangup. Rasa Yang Sedap Dan Marvellous!
Dulu waktu raya memang rajin buat kuih biskut dam ni dengan mak dan nenek di kampung. Lepas tu makan ikut bahagian warna. Hehe. Lejen tau kuih ni! Bila jumpa rasa rindu pulak dekat kampung.
Bila rasa nak makan, dah boleh buat sendiri je. Follow resepi Cik Puan Farizal Radzali ni, memang menjadi dan rasa mudah je. Sekejap je siap!
Alang-alang tengah cari apa aktiviti nak buat dengan anak-anak tu kan, boleh ajar buat kuih dam ni. Sebab menarik jugak bila jadikan sebagai task buat mereka. Confirm mereka suka kan.
Jom saya kongsikan cara buat kuih biskut dam. Mudah ni untuk kita follow. Step by step semua dah ada, tinggal kita nak masuk dapur je!
RESEPI BISKUT DAM
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 buku/ 250g buttercup atau 1 cawan planta/ marjerin
- 3- 4 cawan gula halus ( boleh gantikan dengan 1 tin susu pekat manis)
- 1 biji telur ayam gred A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN BISKUT DAM :
▶ Mula-mula sekali, gaulkan buttercup/ marjerin/ planta dengan gula sampai sebati.
▶ Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sampai sebati.
▶ Seterusnya, masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli sampai adunan tak melekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan lagi tepung jagung.
▶ Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko. Dan satu lagi dibiarkan warna plain atau warna asal adunan.
▶ Buat potongan dan susun selang seli antara dua warna tersebut.
▶ Boleh potong guna benang atau pisau tajam
▶ Panaskan oven dan bakar menggunakan api atas bawah dengan 170 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit – ikut oven masing-masing
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Chicken Chop Homemade Yang Simple. Resepi Mudah Dan Marvellous!
Fuuh! Sekejap je dah boleh hasilkan kuih biskut dam yang sedap dan rangup ni. Tak payah tunggu musim raya dah. Sekarang juga boleh makan kuih biskut macam ni.
Resepi yang dikongsikan ni senang nak follow dan mudah kita faham. Jadi, sekali buat je terus menjadi dan dapat hasil yang terbaik.
Sharekan dulu resepi ni dekat wall facebook masing-masing supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaat dari perkongsian kali ni.
Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua!