Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Nak Makan Western Dekat Rumah, Resepi Ni Kongsikan Cara Buat Chicken Grill Lembut Dengan Sos Blackpepper Mushroom Yang Sangat Padu!

0 1,245

Hari- hari makan nasi kadang tu bosan juga kan? Mula lah terasa tekak nak makan western macam chicken grill ke, steak ke, burger ka atau pasta macam tu. Janji bukan nasi.

Kalau sebelum ni senang, nak makan apa yang tak ada cepat je ajak makan di luar. Tapi sekarang ni kan susah sikit, musim covid nak keluar pun seram sejuk. Daripada kita risikokan diri, apa kata kita cabar diri buat sendiri.

Resepi ramai yang dah kongsikan tinggal nak ada mood je kita bagi rajin sikit buat sendiri ni. Dan paling best sebab ramai yang dah cuba menjadi sedap. Sekarang turn kita lah pulak kan.

Bagitau rumah siap- siap, malam ni kita makan chicken grill homemade yer. So mereka tak sabar nak makan, kita tak sabar nak masak dan hidangkan!

Resepi dari Cik Puan Tyara Erynna ni saya kongsikan kepada anda semua lengkap tau daripada macam mana nak masak ayamnya, nak buat sos nya dan nak buat coleslaw pun ada. Jom!

 

RESEPI CHICKEN GRILL

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ayam
  • 5 ulas Bawang putih (tumbuk)
  • ½ sudu besar Lada hitam (tumbuk)
  • Sos tiram + chicken chicken stok sauce
  • Sos blackpepper
  • ½ sudu besar Gula
  • 1 sudu Madu
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Spageti bolognese herbs

 

CARA PENYEDIAAN CHICKEN GRILL :

▶ Tumbuk halus bawang putih dan lada hitam.

▶ Campurkan semua bahan-bahan dan lumurkan pada ayam.

▶ Perap lebih kurang 1 jam, kemudian grill kana yam sehingga masak.

▶ Boleh je pakai kuali non stick, lebih mudah.

**Ayam guna yang boneless tau, lagi sedap dan sebijik rasa macam kedai.

Mana boleh makan chicken grill tanpa sosnya kan. Sos ni ada pelbagai versi yang orang kongsikan tapi cara yang satu ini betul-betul mudah dan kena dengan tekak selera kita,

 

RESEPI SOS BLACKPEPPER MUSHROOM

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 botol sos preggo mushroom dan keju
  • Kicap lemak manis sedikit
  • 5 ulas Bawang putih (dicincang halus)
  • ½ sudu Gula
  • ½ sudu Sos blackpepper
  • Garam sikit
  • 1 sudu besar Marjerin atau planta
  • 1 cawan Air biasa
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)

 

CARA PENYEDIAAN SOS BLACKPEPPER MUSHROOM :

▶ Mula-mula panaskan kuali. Cairkan planta.

▶ Tumis bawang putih yang dicincang sehingga bertukar warna kekuningan.

▶ Kemudian, masukkan preggo sos. Gaul sebati dan masukkan air. Kacau sampai sebati.

▶ Seterusnya, masukkan kicap lemak manis, sos blackpepper, gula, garam dan lada hitam yang telah ditumbuk hancur.

▶ Kacau je sampai sos kita kelihatan pekat dan likat.

▶ Rasa dulu, jka rasa dah okay, boleh padamkan api.

Sedia untuk dihidangkan bersama chicken grill kita. Yeaay!

Satu lagi menu tambahan yang wajib ada kalau kita makan western ialah coleslaw! Best resepi coleslaw ni rasa dia sebijik macam dekat KFC. Senang je buat rupanya lepas ni nak makan boleh buat sendiri masukkan dalam peti.

BACA JUGA: Resepi Mudah Ayam Bakar Cili Padi Marvellous! Tak Perlu Pencicah Makan Macam Tu Je Pun Dah Sedap!

RESEPI COLESLAW

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Kobis (dihiris dadu)
  • Lobak merah (disagat halus)
  • 5 sudu Mayonis
  • Yogurt ½ dari bekas yogurt
  • Sedikit Lemon
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN COLESLAW :

▶ Potong kobis dan sagat lobak merah dulu. Masukkan ke dalam bekas.

▶ Gaulkan semua bahan-bahan lain sehingga sebati.

▶ Dah sebati, baru campurkan dengan kubis dan lobak tadi. Gaul sekata.

▶ Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam untuk rasa yang lebih enak!

Waah! Dah siap semua masakan, boleh hidangkan dalam pinggan macam dekat kedai. Bukan suami je teruja anak-anak pun feeling makan macam dekat kedai. Hehe.

Paling best, bila mereka puji sedap dan nanti nak makan lagi. Rasa puas hati dan hilang penat memasak tadi. Bila kita dah tahu nak buat macam mana, memang tak jadi masalah dah nak buat bila- bila pun.

Bukan satu resepi je tau kita dapat dalam perkongsian ni, dapat resepi chicken grill, sos blackpepper dan coleslaw pun ada. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda semua.

Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open