Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tauhu Berlauk Dan Sambal Kicap. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya. Tak Cukup Seketul!

0 87

Nah, resepi untuk semua penggemar tauhu bergedil. Try korang buat versi ni pulak. Memang sedap ye. Lagi mudah nak makan dari tauhu bergedil yang biasa kita makan tu. Jom follow resepi tauhu berlauk ni kat sini. Siap ada resepi sambal kicap sekali.

Tauhu berlauk ni sangat mudah nak buat ye. Nak masuk mulut pun senang. Tak renyah macam kita buat tauhu bergedil. Tauhu yang kita gunakan dałam resepi ni kena dibuat semula dan di campur dengan isi ayam dan jugak telur. Kemudian, dikisar.

Sebelum dikukus, tauhu, ayam dan jugak telur yang dikisar tadi akan di campur dengan beberapa bahan lain lagi seperti lobak, daun bawang dan bawang besar. Sebab tu resepi ni di panggil sebagai tauhu berlauk. Sure ramai yang suka tauhu berlauk ni.

Tauhu berlauk ni boleh dikukus dalam loyang dan acuan kuih lompang. Untuk versi ni, kita akan kukus tauhu berlauk kita dalam loyang. Selepas dikukus, tauhu akan dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Dan akhir sekali digoreng dengan telur.

Tauhu berlauk ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rozmaliza Omar. Resepi sangat jelas untuk korang yang baru pertama kali nak cuba. Ikut sebijik-sebijik confirm menjadi. Boleh la buat kuih minum petang nanti.

 

RESEPI TAUHU BERLAUK DAN SAMBAL KICAP 

Makan tauhu berlauk ni dengan sambal kicap memang ketagih ye. Mesti korang tak sabar nak try buat kat rumah kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan tauhu berlauk ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 ketul isi dada ayam *
  • 4 ketul tauhu putih *
  • 3 tiub tauhu telur *
  • 3 biji telur *
  • 1 biji carrot (disagat)
  • Daun bawang (dihiris halus)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 sdt serbuk lada sulah
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 1 sdt ajinomoto
  • 1 kiub pati ayam

Bahan-bahan sambal kicap : 
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • 1 sdb sos cili
  • 8 – 10 biji cili api merah/hijau
  • 1 sdb gula
  • 1 sdt secukup rasa (optional)
  • 2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN TAUHU BERLAUK DAN SAMBAL KICAP : 
Cara penyediaan tauhu bergedil : 

▶️ Kisarkan tauhu telur, isi ayam, tauhu putih, telur dan kiub ayam menggunakan blender hingga sebati dan halus.

▶️ Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk.

▶️ Masukkan carrot, daun bawang, cili padi yang dihiris halus. Masukkan sekali serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam. Gaul hingga sebati dan rata.

▶️ Tuang adunan ke dalam loyang empat segi saiz 10 dan kukus selama 35 minit. Kalau nampak adunannya dah nak lekang dari loyang maknanya tauhu dah masak. Potong tauhu menjadi kiub.

▶️ Dalam mangkuk lain, pukul telur dan lada sulah, celup tauhu berlauk tadi dalam telur.

▶️ Goreng tauhu berlauk hingga kekuningan.

▶️ Angkat dan sajikan bersama sambal kicap pedas.

 

Cara penyediaan sambal kicap : 

▶️ Blend semua bahan-bahan sambal kicap hingga lumat dan masak sekejap atas api sederhana.

▶️ Jangan sampai mendidih. Sekadar naik wap sahaja. Tutup api.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Mangga Yang Cantik, Sedap Dan Senang Nak Buat. Nikmat Betul Makan Sejuk-Sejuk!

 

Dah siap pun tauhu berlauk kita. Kena makan sekali dengan sambal kicap baru la mantap! Takde sambal kicap nikmat nak makan tauhu berlauk pun hilang. Tak lengkap! Sambal kicap ni kalau lagi pedas, lagi syok makan tau. Tak cukup seketul dibuatnya.

Dulu-dulu resepi tauhu bergedil asyik lalu kat Facebook. Tapi sekarang dah ramai orang share yang versi berlauk macam ni pulak. Nak buat dalam kuantiti yang banyak pun boleh. Siap boleh frozenkan kalau korang nak. Goreng je bila nak makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozmaliza Omar kerana sudi berkongsi resepi tauhu berlauk dan sambal kicap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open