Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mudah Ayam Bakar Cili Padi Marvellous! Tak Perlu Pencicah Makan Macam Tu Je Pun Dah Sedap!
Selama ni makan ayam bakar, ayam panggang, ayam golek memang rasa plain selian rasa bahan perap tu sahaja. Dan ada disediakan pencicah khas untuk ayam-ayam tersebut.
Uniknya kali ni, saya nak kongsikan macam mana nak buat ayam bakar cili padi. Haa, bila dengar nama pun dah tau rasa dia yang pedas tanpa pelu cicah apa-apa sos pencicah.
Kita akan perap ayam tersebut dengan cili padi dan bahan-bahan lain.. jadi, bila makan dengan nasi putih paans-panas pun dah sedap sebab lengkap dan cukup rasa.
Resepi dari Cik Puan Rarra Sakura ni nampak macam mudah nak buat dan dari gambar yang dikongsikan pun nampak berselera kan. Tak perlu berceloteh panjang-panjang, jom saya kongsikan!
RESEPI AYAM BAKAR CILI PADI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 ekor ayam
- Garam dan gula @ madu secukupnya
- Sedikit sos tiram
- Sedikit sos cili
- Sedikit kicap
BAHAN KISAR :
- 1 batang serai
- 4 ulas bwg putih
- 5 ulas bawang kecil
- 10 tangkai cili padi (boleh adjust kalau nak tambah pedas)
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji kiub ayam (kalau tak mau guna boleh ganti dengan belacan)
- Sedikit minyak (saya guna olive oil)
CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR CILI PADI :
▶ Mula-mula kisar semua bahan yang perlu dikisar. Kisar sehingga hancur.
▶Campur bahan kisar dengan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu.
▶ Kemudian sapu pada keseluruhan ayam dan perap selama 1 jam atau semalaman dalam peti ais. Lagi lama akan rasa lagi sedap sebab bahan dan meresap ke dalam ayam.
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Padu. Ayam Juicy Rempah Sedap Makan Dengan Nasi Daun Pandan!
▶ Seterusnya, bakar dalam oven guna api atas bawah, dengan suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven masing-masing. Tnegok-tengok api, jangan bagi ayam kering sangat.
▶ Biar isi ayam tu lembab- lembab sikit.
▶ Selain oven, boleh juga bakar guna kuali ajaib, nanti api kena pandai-pandai adjust.
▶ Bila ayam dah masak seepnuhnya, boleh terus dhidangkan.
Laah! Senang sangat nak buat ayam bakar cili padi ni. Kalau yang nak makan bersama keluarga dan ada kecil, boleh kurangkan penggunaan cili padi tu ya. Tapi jika yang mana suka extra pedas, boleh tambah lagi.
Ayam bakar cili padi macam ni, kadang-kadang tak perlu lauk lain dan untuk melengkapkan hidangan, cukup 1 lagi dengan nasi putih pun kitab oleh layan.
Kepada yang nak belajar cara mudah ayam bakar cili padi ni, follow sahaja step by step yang saya kongsikan dekat atas ni ya.
Selamat mencuba semua!