Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol. Rahsia Nasi Yang Sedap Wangi Dan Berlemak!

0 4,664

Nasi dagang familiar dengan masakan negeri Terengganu Darul Iman. Sedapnya nasi dagang ni, bila nasi dia rasa lembut berlemak dan bau halba yang wangi. Tapi tak semua pandai buat resepi original Terengganu.

Sebab sekarang ni dah ad acara mudah. Kalau dulu memang asal resepi kita akan masak nasi menggunakan teknik kukus. Tapi sekarang ni dah boleh masak dalam rice cooker.

Cara ini lebih cepat, dan mudah bagi kita yang baru nak cuba-cuba buat nasi dagang ni. Jom saya kosngikan perkongsian daripada Cik Puan Yoi dari Alor Star ni. Beliau share macam mana nak buat nasi dagang yang lembut dan sedap dengan cepat!

Dalam resepi di bawah, bukan hanya cara nak buat nasi dagang sahaja tau, tapi siao dengan resepi gulai ikan tongkol dan juga acar timun. Lengkap satu hidangan lah kata orang.  Jom!

 

RESEPI NASI DAGANG MUDAH

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 3 Mug Beras Wangi
  • 1 Mug Beras Pulut
  • I Kotak Santan M&S Kuning @ Santan Segar RM2
  • 1 sudu Setengah Garam
  • 1 sudu Besar Gula
  • 1 sudu Besar Halba
  • Bawang Merah 3 ulas. Hiris
  • Halia 2 inci.

 

CARA PENYEDIAAN NASI DAGANG :

▶ Basuh beras dan rendam halba bersama.

▶ Sediakan Rice Cooker @ Pressure cooker. Kita HP10 minit.

▶ Kemudian, masukkan semua beras, halia dan bawang.

▶ Masukkan juga santan, gula dan garam.

▶ Air bergantung jenis beras. Kurangkan air sebab ada pulut.

▶ Tanak macam masak nasi biasa cuma kurangkan airnya. Kurang setengah dari biasa. Selalu Nasi 4:4

▶ Untuk nasi Dagang ni,  Beras Wangi 4 dan air 2 + Santan. Nasi akan berderai elok.

▶ Masak nasi seperti biasa. Kaup balikkan seketika menggunakan garfu bila nasi sudah kering.

BACA JUGA: Masakan Kenduri Orang Lama Di Utara. Pertama Kali Cuba Pun Boleh Terus Jatuh Cinta Dengan Rasanya!

Dah siap nasi, tak lengkap lah kalau dimakan begitu sahaja kan. Wajib ada gulai ikan tongkol nya. Baru boleh layan dengan gembira.

Saya perasan, rasa gulai ikan tongkol ini berbeza kalau kita makan di Terengganu atau di luar negerinya. Sebab kemungkinan sudah diolah mengikut citarasa kawasan setempat. Tak dinafikan pantai timur ni makanannya agak manis-manis sedikit.

 

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 peket Rempah Kari Babas
  • 1 sudu besar Rempah Kurma
  • I senduk Cili Boh
  • 1 kotak Santan
  • 10 biji cili Padi

 

BAHAN KISAR :

  • 2 inci Halia
  • 2 inci Lengkuas
  • 1 inci Belacan
  • 1 labu Bawang Besar
  • 5 ulas Bawang Putih

 

BAHAN REBUS :

  • 1ekor Ikan Tongkol besar
  • 1keping Gula Kerek@1/2 gula Melaka
  • 3 keping Asam Gelugor
  • Garam
  • Air

CARA PENYEDIAAN GULAI IKAN TONGKOL :

▶ Tumis bahan kisar sampai garing masukkan Cili Boh.

▶ Bila dah pecah minyak elok cantik, masukkan rempah kari dan rempah kurma. Masak sampai pecah minyak. Masukkan air rebusan ikan. Asam Keping buang.

▶ Seterusnya, masukkan Santan. Masuk Ikan dan akhir sekali cili padi.

▶ Seimbangkan rasa masin dan manis. Mengikut citarasa kita. Bila dah mendidih, boleh padamkan api.

Siap dan sedia dihidangkan bersama nasi dagang!

 

Nasi dah ada, lauk pun dah siap. Jangan dilupa pelengkap hidangan acar timun yang awesome. Biasanya orang buat acar timun cuka. Berbeza kali ini, saya kongsikan acar timun lemon! Masam tapi sedap terangkat.

 

RESEPI ACAR TIMUN LEMON

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Sebiji Timun hiris memanjang.
  • Sepotong Lemon hiris nipis
  • 1 cili Merah hiris nipis
  • 1 labu Bawang Besar
  • Sehiris Lemon perah airnya
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula

 

CARA PENYEDIAAN ACAR TIMUN LEMON :
▶ Gaulkan kesemua bahan sehingga sekata dan rasa sebati.

Siap dan barulah lengkap hidangan nasi dagang kita yang padu!

Seronok kan, bila kita boleh dapat resepi lengkap satu hidangan macam ni. Bukan sahaja mudah kita nak buat, tapi tak perlu susah nak cairi resepi di tempat lain untuk lengkapkan bahan masakan.

Tapi yang paling best, sebab resepi nasi dagang  yang dikongsikan ni mudah untuk kita praktikkan. Kepada yang berkahwin dengan orang Terengganu tu, bolehlah hidangkan nasi dagang ni buat ahli keluarga. Mesti mereka suka!

Saya ucapkan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open