Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Masakan Kenduri Orang Lama Di Utara. Pertama Kali Cuba Pun Boleh Terus Jatuh Cinta Dengan Rasanya!

0 24,331

Pernah dengar pesamah daging? Masakan pesamah daging ni biasa dapat di kenduri kendara rumah orang dulu-dulu di Kawasan Utara. Bagi yang muda-muda kemungkinan ini pertama kali mendengar nama pesamah daging ni

Tapi rasa dia sedap! Memang wajib cuba sebab kelembutan daging dengan kuah dia tu memang serasi rasa dia bila dimakan dan digaul dengan nasi.

Nak makan lauk pesamah daging ni, dengan nasi putih boleh, nasi minyak boleh, nasi hujan panas, atau dengan roti pun boleh tiada masalah. Semunya jadi marvellous!

Saya tertarik dengan perkongsian daripada sahabat facebook kita ni, Cik Puan Faizah Abdul Hamid ni. Berselera betul tengok hasil yang beliau kongsikan. Dan bila tengok step by step yang diajar nampak mudah je!

 

RESEPI PESAMAH DAGING

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kg daging – potong 10 ketul

 

BAHAN TUMIS :-

  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 ulas bawang merah – mayang
  • 2 ulas bawang putih – mayang
  • 3 cm halia – potong panjang nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan -simpul
  • 3 tangkai daun kari

BAHAN MESIN :-

  • 2 labu besar bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 1 sudu teh lada hitam

BAHAN LAIN :-

  • 5 sudu besar rempah daging
  • Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cwn susu cair
  • 2 sudu mkn kerisek
  • Garam
  • Air asam jawa secukup rasa

CARA PENYEDIAAN PESAMAH DAGING :

▶ Daging hendaklah digaulkan dengan bahan mesin, rempah daging, gula merah dan kerisek. Proses ni orang panggil ‘awas’

▶ Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan garing.

▶ Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masaklah sampai daging empuk dan betul-betul pecah minyak. Part ini memang ambil masa yang lama sikit.

▶ Bila daging sudah empuk dan pecah minyak, masukkan santan dan susu cair. Masukkan sekali air asam jawa dan garam secukup rasa.

BACA JUGA: Cara Masak Nasi Daging Utara Dengan Air Asam Jawa. Resepi Istimewa Ni Mampu Tambat Hati Keluarga Mertua!

▶ Masak lagi dengan api perlahan sampai pecah minyak dan kuah jadi pekat macam gambar saya tunjuk tu.

Siap dan sedia dihidangkan!

Kalau dulu memang lauk yang wajib ada di kenduri bahagian utara, sekarang ni kita dah boleh buat sendiri walaupun di mana je kita berada. Nanti boleh masukkan dalam list untuk mencuba.

Hidangkan untuk hidangan tengah hari, dan jamu suami dan anak-anak. Kalau balik kampung atau mak ayah datang ke rumah pun boleh juga hidangkan masakan pesamah daging ni. Mana lah tau ada yang suka dan minta repeat lagi.

Bila dah tahu cara, tak ada masalah nak buat berulang kali pun. Nak buat makan dengan roti jala pun sedap! Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open