Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Mangga Guna 5 Bahan Sahaja. Rasa Fresh Tekak Makan Puding Ni Sejuk-Sejuk!

0 44

Lately ni asyik teringin nak makan puding. Tapi nak makan puding buah. Kebetulan pulak jumpa resepi puding mangga ni kat Facebook. Terus aku ambil resepi dan nak buat kat rumah. Nampak simple je resepi ni. 

Puding ni boleh di buat pelbagai cara. Antara puding yang paling famous adalah puding roti dan puding buah. Apa saja jenis buah korang boleh jadikan puding. Makan sejuk-sejuk memang sedap ye. 

Kalau perasan cuaca sekarang dah tak sama macam dulu. Cuaca sekarang sangat panas. Tengahari je mesti kita nak basahkan tekak dengan makanan atau minum yang sejuk dan manis. Buat legakan tekak je. 

Puding buah mangga ni memang sedap ye! Boleh lawankan rasa manis puding agar-agar dengan manis masam buah mangga tu. Cara nak buat pun tak susah. Kena rajin nak potong dadu buah mangga je nanti. 

Resepi puding mangga ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Khomisah Komtom. Masuk kat tekak sejuk-sejuk, mesti rasa fresh je nanti. Puding buah mangga ni elok guna mangga kuning ye. Sedap!

 

RESEPI PUDING MANGGA

Betul ke tak guna banyak bahan? Ye, memang betul. Buat puding mangga ni tak guna banyak bahan pun. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding mangga ni. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 20 gm agar-agar tali
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji mangga (dipotong dadu)
  • 5 cawan air
  • 1 sd kecil esen vanila (optional)

 CARA PENYEDIAAN PUDING MANGGA : 

▶️ Basuh agar-agar terlebih dahulu.

▶️ Didihkan air gula & agar-agar sehingga larut.

▶️ Setelah larut masukan susu cair & kacau rata sekejap saja ye.

▶️ Akhir sekali, masukan mangga yang dipotong dadu. Jangan lama sangat & tutup api .

▶️ Masukkan dalam loyang atau acuan kesukaan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Penganan Irik Atau Penyaram Guna Sukatan Cawan. Lembut Je Teksturnya!

 

Dah siap pun puding mangga kita! Make sure korang kena simpan puding ni dalam peti ais dulu sebelum dihidang. Baru la syok nak makan dan basahkan tekak nanti.  

Korang beleh je buat puding ni dalam bekas kecil yang banyak. Senang nak makan nanti. Ambil sebekas-sebekas. Tapi nak buat dalam loyang kemudian potong pun boleh. Dua-dua cara tetap hasil kan puding yang sedap. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Khomisah Komtom kerana sudi berkongsi resepi puding mangga yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open