Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Udang Berlado Campak Epal Hijau. Hidangan Simple Tapi Cukup Menyelerakan. Wajib Cuba!
Pernah tak masak resepi udang berlado campak epal hijau? Kebiasaanya cara masak udang yang kerap kali kita masak adalah udang masak sambal tumis, goreng kunyit tak pun udang goreng tepung kan?
Jadi kali ni kita cuba resepi baru masak udang berlado yang dicampur hirisan epal hijau. Nampak menarikkan. Mesti rasanya agak masam. Sebab epal hijau ni agak masam berbanding epal merah.
Rasa masam manis dalam resepi ni memang kena pada tekak. Sekali rasa confirm akan repeat berkali-kali. Penyediaannya pun sangan simple, masak waktu pagi untuk bawah bekalan ketempat kerja pun boleh.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar sebagai rujukan pengguna media sosial yang suka merasa pelbagai resepi. Resepi masakan berlado atau sambal balado adalah teknik memasak khas Minangkabau dengan cara menumis cili giling dengan pelbagai rempah, biasanya bawang merah, bawang putih dan limau nipis.
Sambal ini boleh dimakan dengan dendeng, ikan goreng, ayam goreng, itik goreng, telur rebus dan tempe goreng. Cili dan rempah dipercayai membuat makanan bertahan lebih lama. Tapi kali ni kita akan cuba resepi udang yang di masak berlado pula.
RESEPI UDANG BERLADO CAMPAK EPAL HIJAU
Waktu petang je mesti tengah fikir nak masak apa untuk hidangan makan malam kan? Hari ni tak perlu fikir panjang lagi, jom kita follow resepi ni step by step. Confirm menjadi!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Udang secukupnya (dilumur dengan garam dan kunyit)
- 1 batang serai (diketuk manja)
- 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 ulas bawang merah (dikisar)
- 5 biji cili padi (dikisar)
- 1 biji cili merah (dikisar)
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 sudu kecil gula perang
- 1 sudu kecil pati ikan bilis
- Sedikit air
- 5 – 6 helai daun limau purut
- 1 biji epal hijau (dihiris halus)
- 1 biji cili merah (dihiris nipis)
CARA PENYEDIAAN RESEPI UDANG BERLADO CAMPAK EPAL HIJAU :
▶️ Udang digoreng sekejap. Kemudian angkat dan ketepikan.
▶️ Tumis serai dan bawang besar biar sehingga wangi.
▶️ Masukkan bahan kisar dan kacau rata.
▶️ Apabila naik bau, masukkan sos ikan, sos tiram, gula perang, pati ikan bilis dan sedikit air. Kacau rata.
▶️ Lepas tu masukkan udang yang telah digoreng tadi.
▶️ Kemudian masukkan daun limau purut dan hirisan epal hijau. Kacau rata.
▶️ Tunggu sekejap baru ditutup api.
BACA JUGA: Resepi kek pandan yang simple, lembap dan gebu. Serious sedap!
Siap untuk dihidang! Mudahkan penyediaannya. Dah terasa kat tekaklah rasa masam manis resepi ni. Makan dengan nasi putih panas, memang bertambah nasi lah jawabnya. Boleh hilang diet macam ni.
Rasanya penggunaan epal hijau dalam resepi ni adalah gantian kepada limau nipis dalam resepi asal sambal balado. Tujuannya untuk gantikan masam limau nipis kepada masam epal hijau. Kreatif!
Kena cuba resepi udang berlado campak epak hijau ni, bulan puasa dah nak dekat. Manalah tahu ada plan nak buat majlis berbuka puasa dengan ahli keluarga yang lain. Boleh selitkan resepi ni. Mesti ramai yang suka. Selamat mencuba!