Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Apam Solo Inti Kacang Merah. Cantik Macam Bunga Rose Apam Ni!
Siapa pernah makan apam solo? Lawa weh kuih ni. Sedap pun sedap! Sebijik macam bunga rose bentuknya. Warnanya pulak soft-soft gitu. Jom follow resepi apam solo inti kacang merah ni kat sini. Cantik sangat bila hias apam ni atas pinggan.
Ingatkan apam goreng je boleh letak inti kacang merah. Rupanya apam kukus macam ni pun boleh. Sama macam kita masak pau inti hitam. Tapi apam yang ni versi modern. Siap terbentuk bunga rose lagi.
Macam mana nak bentuk jadi bunga rose tu? Korang guna acuan je. Masukkan adunan ikut warna satu persatu atau layer by layer. Baru la cantik elok je kejadian apam solo kita ni. Kuih ni memang menarik. Ingatkan susah nak buat. Rupanya mudah je!
Resepi apam solo inti kacang merah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Jue Riana Yusoff. Sebab menarik sangat bentuk apam ni, terus aku plan nak buat sendiri kat rumah nanti.
Tak pernah lagi jumpa orang jual apam bentuk bunga rose macam ni kat gerai-gerai. Kalau teringin sangat nak makan. Kena la follow resepi dia kat sini. Kalau ikut step yang betul, pasti kita dapat hasilkan apam solo yang cantik dan sedap.

RESEPI APAM SOLO INTI KACANG MERAH
Mesti tak sabar nak buat apam ni kan? Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Step penyediaan apam solo inti kacang merah ni pun ada kat bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3cwn tepung gandum
- 1cwn tepung beras (resepi ni guna cap teratai)
- 1cwn gula
- ¼cwn minyak masak
- 2½cwn air suam-suam kuku
- Sedikit garam
- Sepaket yis (11g)
- Pewarna
- Inti (kacang merah/coklat/kaya dsb)
CARA PENYEDIAAM APAM SOLO INTI KACANG MERAH :
▶️ Sebatikan semua bahan dan perap 1-2 jam.
▶️ Pipekan warna hijau guna piping bag. Letak warna pink pekat di tengah-tengah.
▶️ Kemudian, warna pink cair, letak inti dan tutup dengan warna putih.
▶️ Kukus 12-15 minit dengan api sederhana. Siap!
BACA JUGA : Resepi Puding Mangga Guna 5 Bahan Sahaja. Rasa Fresh Tekak Makan Puding Ni Sejuk-Sejuk!
Dah siap pun apam solo kita ni! Nak mudah buat bunga rose yg cantik, korang kena jugak guna piping bag. Baru la mudah keja nak buat kuih ni nanti.
Inti apam yang korang nak buat jugak boleh dipelbagaikan. Selain dari guna kacang merah, korang boleh letak inti pandan, kaya, coklat dan lain-lain ikut kesukaan masing-masing.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Jue Riana Yusoff kerana sudi berkongsi resepi apam solo inti kacang merah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!