Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Penganan Irik Atau Penyaram Guna Sukatan Cawan. Lembut Je Teksturnya!

0 83

Kami sekeluarga memang suka sangat makan kuih penyaram. Hampir setiap hari akan beli kat luar. Lepas ni nak cuba buat sendiri je la. Follow je resepi penganan irik atau penyaram ni kat sini. Confirm menjadi!

Kuih penyaram ni sedap di makan panas-panas. Bentuknya bulat sebijik macam topi. Tepinya pulak berbunga garing. Rasanya manis dan enak. Kuih penyaram ni merupakan kuih tradisional yang ramai penggemarnya. 

Tekstur kuih penyaram ni lembut kat tengah. Kalau tak reti buat, mesti jadi keras. Kalau korang nak cuba buat sendiri kat rumah, korang kena follow sebijik-sebijik resepinya kat sini. InsyaAllah menjadi. 

Resepi kuih penyaram ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yong Cheristina. Kat Sabah kuih ni di panggil sebagai kuih penyaram. Kat semenanjung pulak, kebanyakan kuih ni di panggil sebagai kuih topi. 

Kat Sabah kuih ni biasanya dihidang bila ada majlis kenduri kendara. Ada yang buat saiz kecik, ada jugak yang buat saiz besar. Kuih ni jarang dijual. Kalau nak makan pun, kena la buat sendiri kat rumah.

RESIPI PENGANAN IRIK ATAU PENYARAM

Jarang nak jumpa kuih ni dijual untuk minum petang dan sarapan pagi. Yang nak belajar buat, boleh la belajar kat sini.  Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kuih penyaram ni. Step penyediaan seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1cawan gula apong
  • 1 1/2 cawan @ 2 cawan air suam
*Guna cawan yang sama

CARA PENYEDIAAN PENGANAN IRIK ATAU PENYARAM : 

▶️ Tepung gandum campur dengan tepung beras.

▶️ Gula apong dilarutkan dengan air 1 1/2 cawan.

▶️ Tuang gula apong yang sudah dicampur air ke dalam tepung sedikit demi sedikit.

▶️ Blend adunan sampai tidak berketul. Hand mixer, blender atau guna whisk.

▶️ Tapis adunan. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sedang-sedang sahaja.

▶️ Perap adunan semalam.

▶️ Esoknya goreng.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Yang Paling Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Kuih-kuih tradisional macam ni tak boleh dilupakan. Kena belajar dari mak kita. Takde la kuih ni di telan dek zaman nanti. Nak buat kuih ni kena ada tips jugak tau. Antaranya, kena perap semalaman adunan kuih sebelum digoreng dan mesti dimasak menggunakan kuali yang kecik. 

Suhu api juga perlu dikawal. Penggunaan minyak untuk menggoreng juga tidak boleh terlalu banyak. Dan pastikan adunan dikacau semula sebelum menggoreng. Barulah elok kejadian kuih penyaram kita ni. 

Tips dah ada! Follow je sebijik-sebijik confirm jadi. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Yong Cheristina kerana sudi berkongsi resepi penganan irik atau penyaram ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open