Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Simple Buat Durian Crepe Yang Sedap Padu! Resepi Mudah Boleh Buat Jualan
Bagi yang gemar makan durian, memang tak akan pernah tolak jika dihidangkan dengan apa-apa resepi durian sekali pun termasuklah durian crepe. Sedapnya tu memang tak boleh tahan. Dari jauh dah boleh bau sebab bau durian kan kuat.
Bagi Cik Puan Eziyana Yana ni, anak-anak memang gemar makan durian. Jadi kena lah pelbagaikan resepi buah durian ni supaya mereka makan. Salah satunya kita boleh buat durian crepe!
Memang ada yang jual di kedai, kan. Tapi, tak salah kalau nak cuba buat sendiri. Resepi dah ada kita follow je step by step yang diajar. Confirm jadi walaupun baru pertma kali cuba.
Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan macam mana cara nak buat durian crepe ni. Bahan utamanya mestilah durian. Time musim-musim durian, wajib buat guna resepi ni tau!
RESEPI DURIAN CREPE MUDAH
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 4 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 biji telor
- 4 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar gula halus
- 1 cawan susu segar/susu cair
- secubit garam
- pewarna lemon
BACA JUGA: Resepi Simple Buat Apam Balik Di Rumah. Bahan Mudah Jer Tapi Rasa Dah Macam Beli Pasar Malam!
CARA PENYEDIAAN KULIT CREPE :
▶ Kisar semua bahan lebih kurang 5 minit.
▶ Tapis dan biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga buih tidak ada.
▶ Panaskan kuali yang tidak melekat, sapu minyak masak dengan tisu.
▶ Tuang sesenduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kuali sampai dapat bentuk bulat.
▶ Mesti buat nipis-nipis ya. Kalau tidak nanti tidak jadi crepe malah jadi lempeng durian.
▶ Api mesti kecik. Kalau api besar nanti crepe akan berlubang-lubang halus.
▶ Bahagian atas atau yang tidak kena api akan jadi bahagian kulit luar ya.
▶ Crepe tidak perlu dibalikkan sewaktu masak diatas kuali.
▶ Masak dalam 2 minit sudah cukup.
▶ Api wajib kecil, kalau boleh, masa bancuhan sentuh kuali, bunyi dia slow saja. Kalau bunyi kuat, konfirm tebal.
RESEPI INTI DURIAN :
- Krim non-dairy
- Durian
- Susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN INTI :
▶ Gaulkan isi durian dengan susu, tiada sukatan, kalau suka manis boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati, akan jadi macam paste/jem.
▶ Pukul krim yang sejuk sampai gebu. Kalau krim tidak manis, boleh tambah gula aising.
▶ Sudukan ke atas crepe.
▶ Tambah isi durian.
▶ Bungkus macam buat popia
Tak sabarnya nak buat dan makan dengan anak-anak durian crepe ni. Mesti mereka suka sebab hantu durian. Cuma bila durian bukan pada musim ni, nak beli durian mahal. Jadi boleh share dulu perkongsian ni di wall facebook masing-masing.
Nanti senang nak cari bila tiba masa nak buat. Boleh je buat hidangan minum petang. Nak buat banyak-banyak pun boleh simpan dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan, ada je.
Saya ucapkan selamat mencuba ye!