Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Simple Buat Apam Balik Di Rumah. Bahan Mudah Jer Tapi Rasa Dah Macam Beli Pasar Malam!
Tak sah kalau ke pasar malam dan tak beli apam balik. Memang favourite satu keluarga la apam balik. Tapi kalau siapa perasan apam balik ada yang crispy dan ada yang tebal kan.
Senang je nak buat dua-dua apam balik ni rupanya. Paling sedap makan apam balik waktu panas-panas. Dan inti dia kena lah banyak baru setiap suapan ada isinya.
Bila keadaan sekarang ni, nak pergi ke pasar malam pun takut ada jangkitan. Lebih baik duduk di rumah sahaja lah dengan keluarga. Bila tekak terasa nak makan, kit acari je resepi nya. mesti ada dalam Kongsi Resepi ni.
Jom saya kongsikan macam mana cara Cik Puan Siti Nadirah ni buat apam balik yang sedap, gebu dan tak muak. Follow resepi ni tau!
RESEPI APAM BALIK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar susu pekat
- ¼ cawan gula*
- 1 sudu kecil yis*
- ½ cawan air suam*
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecik soda bikarbonat
- sedikit garam
- 1 biji telur saiz kecik
- 1 cawan susu segar (kalau takde boleh je gunakan air kosong)
BAHAN TOPPING :
- jagung
- kacang tanah disangai dan ditumbuk kasar
- gula
- sedikit marjerin utk disapu pada permukaan apam balik setelah masak
CARA PENYEDIAAN APAM BALIK :
▶ Bahan bertanda * seperti gula, yis dan air suam di campur dalam satu cawan. Tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit.
▶ Dah naik berbuih boleh dicampur dalam adunan tepung nanti.
▶ Pecahkan telur kacau dengan whisk hingga berbuih dan campur semua bahan lain seperti tepung gandum, susu pekat, minyak masak, soda bikarbonat, garam dan susu segar. Kacau hingga sebati
▶ Dah sebati, tuang campuran yis tadi pastikan bahan-bahan sekata.
BACA JUGA: Buat Pizza Simple Guna Roti Gardenia Jer. Tapi Semua Berebut Dek Terlampau Sedap!
▶ Biarkan dalam 30 minit dan boleh dioles pada permukaan pan nonstick (tak perlu sapu minyak ye) dalam 1 senduk atau lebih sikit.
▶ Api dapur hanya guna api perlahan sahaja ye untuk elakkan ia hangus. Nampak dah separuh kering bolehla tabur gula, jagung dan kacang tanah. Dah masak lipat dua.
▶ Dah siap masak boleh sapu sikit marjerin pada kulit apam balik
** jika nak buat apam balik krispy hanya guna sikit je adunan tepung oles bg nipis.
** Gunakan kuali non stick untuk lebih mudah.
Kalau diber pilihan suka apam balik biasa atau apam balik crispy, saya lebih suka makan yang crispy. Dah macam makan keropok, tapia da rasa manis jagung dan gula. Selain rangup gigit kulitnya, ada juga rasa kacang tanah yang padu!
Bila buat sendiri yang bestnya boleh letak banyak mana inti yang kita suka. Suka jagung, lebihkan sedikit. Tak suka kacang tak perlu bubuh. Barulah puas hati!
Nak buat untuk makan petang, sesuai sangat ni. Buat satu seoarang mestilah tak cukup. Buat kecik -kecik supaya boleh makan banyak-banyak.
Selamat mencuba!