Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Nasi Goreng Menjilat Jari. Dah Tak Perlu Keluar Makan Dekat Rumah Je Pun Boleh Menambah!

0 15,798

Bila tekak nak makan nasi goreng tapi tak tahu nak nasi goreng apa. Biasa pergi kedai boleh makan yang sedap – sedap kan. Minta je nak nasi goreng apa semua mereka boleh buat.

Tapi sejak musim covid ni, nak kelaur rumah tak berani. Nak bawak anak-anak makan di luar lagi lah tidak. Jadi, untuk legakan tekak kita minta nak makan nasi goreng macam-macam tu, tak salah kan kita cuba sendiri?

Siapa tahu bila masak sendiri lagi sedap. Suami dan anak-anak pun akan suka. Makin sayang lah jawabnya. Mujur jumpa resepi nasi goreng ni. Boleh lah pilih nak masak yang mana. Saya kongsikan dekat bawah ye. Jom kita tengok satu persatu.

 

NASI GORENG BELACAN SEAFOOD

Siapa boleh tahan dengan keharuman nasi goreng belacan seafood ni. Waktu menumis, satu rumah boleh terbersin dibuatnya. Nasi goreng belacan memang ngam kalau makan dengan telur mata separuh masak. Sedaap sehingga menjilat jari lah!

RESEPI NASI GORENG BELACAN SEAFOOD

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 ulas Bawang putih
  • 3 biji Bawang merah
  • 10 – 15 tanhkai Cili padi
  • Sedikit Belacan
  • Udang
  • Sotong
  • Baby sawi
  • Daun ketumbar dan daun sup
  • Telur 2 biji
  • Kicap dan sos tiram
  • Nasi sejuk

 

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG BELACAN SEAFOOD :

▶ Blend bawang putih dan bawang merah

▶ Goreng dulu udang dan sotong. Ketepikan seketika

▶ Tumis belacan dan cili padi

▶ Dah separuh masak, masukkan bahan kita blend tadi

▶ Masak sampai naik minyak

▶ Masukkan 2 biji telur

▶ Masukkan sos tiram 1 sudu

▶ Renjiskan kicap manis

▶ Masukkan nasi sejuk.

▶ Ratakan sampai sekata.

▶ Garam secukup rasa

▶ Masukkan sawi dan batang

▶ Masukkan udang dan sotong yang kita goreng tadi

▶Dan tabur daun ketumbar dan daun sup

Kredit – Port Resepi

 

NASI GORENG DAGING MASAK MERAH

Untuk buat nasi goreng daging masak merah ni, saya akan kongsikan cara buat nasi gorengnya dan cara perap dan masak daging tersebut. Jadi jangan risau, perkongsian resepi Port Resepi ini sangat lengkap. Kita hanya follow step by step sahaja.

RESEPI NASI GORENG DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahan yang digunakan untuk daging Masak merah :

  • 5 ulas bawang putih ( cincang kasar )
  • Sedikit kobis bunga
  • 1 biji lada merah dihiris
  • Lobak Merah Dan kacang buncis
  • 1 biji kecil bawang holland
  • Sedikit daun bawang
  • 2 sudu cuka makan
  • 10 tangkai Cili Kering
  • Sos ikan
  • Sos Cili
  • Sos tiram
  • Pewarna merah

 

CARA PERAP DAGING :

▶ Blend Cili Kering. Rendam dulu sekejap.

▶ Masukkan bahan blend dalam pinggan daging.

▶ Masukkan sos tiram, sos Cili, sis tiram dan cuka

▶ Gaul rata supaya bahan semua terkena pada daging

▶ Masukkan sedikit pewarna merah.

▶ Perap seketika. Sementara tu, boleh Goreng nasi dulu.

 

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang kecik
  • Cili padi ikut suka
  • Sedikit belacan
  • Lobak Merah Dan kacang panjang
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • Sos tiram
  • Serbuk lada putih

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG :

▶ Blend kasar bawang putih , bawang merah dan Cili padi

▶ Panaskan minyak, goreng belacan hingga garing, masukkan bahan blend. Tumis sampai naik bau.

▶ Masukkan telur. Kacau sekejap.

▶ Masukkan nasi sejuk. Gaul sekata

▶ Masukkan serbuk lada putih, dan sos tiram

▶ Kacau sekata. Perasakan dengan garam

▶ Masukkan lobak merah dan kacang panjang. Bukak api besar dan kacau tanpa henti.

▶ Dah siap nasi Goreng kita. Jom sambung daging masak merah.

 

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK MERAH :

▶ Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan

▶ Masukkan daging yang Kita perap tadi. Masukkan sedikit air.

▶ Guna api perlahan, tutup kuali supaya daging cepat masak.

▶ Daging dah lembut, masukkan Lobak Merah, kacang panjang Dan kobis bunga. Gaul sekata.

▶ Masukkan bawang holland dan daun bawang

▶ Kemudian masukkan sedikit garam dan sedikit air panas.

▶ Gaul sekata dan siap boleh dihidangkan bersama nasi goreng.

 

NASI GORENG SARDIN

Nasi goreng paling ramai yang suka dan paling cepat habis. Nak-nak kalau buat pedas sikit, memang berebut satu rumah. Rasa sardin dengan nasi tu memang padu betul. Siapa yang belum pernah cuba, memang wajib try!

RESEPI NASI GORENG SARDIN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili Padi ( ikut suka)
  • Sedikit belacan
  • 3 ketul sardin tin
  • Kacang panjang
  • Baby sawi
  • Lobak Merah potong Dari
  • Sedikit daun ketumbar
  • ½ biji tomato
  • ½ biji bawang besar dihiris
  • 2 biji telur
  • Nasi sejuk
  • Sos tiram ( 1 sudu kecil)

 

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG SARDIN :

▶ Blend kasar bawang besar, bawang putih dan Cili Padi

▶ Tumis belacan, masukkan bahan blend. Masak sehingga garing dan naik minyak.

▶ Dah naik minyak, masukkan sardin. Kuah sos Sardin 4 sudu makan

▶ Hancurkan kasar dalam kuali. masukkan telur 2 biji.

▶ Kemudian masukkan nasi, sos tiram dan perasakan dengan garam.

▶ Bila dah sekata, masukkan baby sawi, kacang panjang dan lobak merah.

▶ Sebelum tutup api, masukkan bawang besar, tomato dan daun ketumbar.  Gaul rata.

Sedia untuk dihidang!

Kredit resepi – Port Resepi

 

NASI GORENG TOMYAM

Siapa yang suka makan tomyam, pasti akan gembira bila dapat makan nasi goreng tomyam. Ada sesetengah orang lebih suka nasi goreng tomyam berbanding nasi putih dimakan dengan tomyam. Ye lah, lain orang lain citarasanya kan.

Jom, saya share cara Port Resepi nak buat nasi goreng tomyam yang marvellous. Hidangkan dengan telur mata atau telur dadar.

RESEPI NASI GORENG TOMYAM  

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN TUMIS

  • ½ biji Bawang besar
  • 2 batang serai
  • 7-8 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato

 

BAHAN LAIN

  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Carrot
  • Cili Padi Akar
  • Fishcake, Sotong dan dada ayam
  • Nasi Sejuk
  • Jus limau nipis
  • sos tiram, sos ikan dan pes tomyam

 

BAHAN KISAR

  • 6 biji bawang kecik
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • 6-7 tangkai cili kering

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG TOMYAM :

▶ Blend dulu bahan-bahan kisar di atas

▶ Panaskan minyak, goreng fishcake, ayam dan sotong. Goreng satu per satu. Asingkan.

▶ Guna minyak yang tadi, tumis bawang besar, tomato, serai dan daun limau purut

▶ Sehingga tomato agak hancur dan naik bau, masukkan bahan blend tadi.  Tumis beberapa kali.

▶ Masukkan sedikit air dan masak sehingga naik minyak. Masukkan pes tomyam.

▶ Masukkan susu pekat manis, gaul rata.

▶ Kemudian, masukkan jus limau nipis dan kacau seketika.

▶ Seterusnya, masukkan sos tiram dan sos ikan. Diikuti dengan lobak merah. Kemudian masukkan nasi sejuk.

▶ Gaul sehingga rata. Dah rata tabur garam.

▶ Then masukkan bahan kita dah goreng tadi

▶ Last sekali taburkan cili padi akar. Gaul sekejap dah siap!

Sedia untuk dihidang! Boleh hidang dengan keropok. Sedaapp!

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Padu. Ayam Juicy Rempah Sedap Makan Dengan Nasi Daun Pandan!

NASI GORENG KAMPUNG

Sedapnyaa makan nasi goreng kampung dengan telur mata separuh masak. Biarkan telur kuning pecah atas nasi. Nikmatnya tu Tuhan sahaja yang tahu!

Sedapnya nasi goreng kampung ni, sebab ada kangkung dan setiap suapan ada ikan bilis rangup. Memang layan tak pandang orang belakang dah. Letakkan sikit sambal belacan. Terus padu!

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 3 cawan nasi sejuk
  • ½ ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • ½ cawan ikan bilis di goreng garing
  • kicap manis
  • garam secukupnya

 

BAHAN TUMBUK

  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG KAMPUNG :

▶ Tumbuk semua bahan tumbuk. Sebaiknya bahan ni di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.

▶ Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.

▶ Masukkan garam secukupnya.

▶ Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga sekata.

▶ Masukkan nasi dan gaul lagi.

▶ Sambil di gaul, tambahkan kicap manis dan gaul hingga rata.

▶ Bila sudah selesai, tutup api.

▶ Masukkan ikan bilis dan gaul rata.

Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Resepi dikongsikan oleh Kongsi Resepi Mudah ni memang best dan sedap!

 

NASI GORENG PATTAYA ALA THAI

Nak makan nasi goreng pattaya yang sedap, memang dekat kedai Thai je. Pernah sekali dua cuba kedai biasa, rasanya tidak sama.

Tapi, sekarang ni kita tak perlu ke kedai dah nak rasa makan nasi pattaya ala Thai. Dari dapur rumah kita pun boleh dapat hasil macam kedai kalau follow resepi mudah ni. Fuuh! Hidangkan panas-panas ye!

RESEPI NASI GORENG PATTAYA ALA THAI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan nasi putih (nasi sejuk)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5 ekor udang (buang kulit)
  • sedikit isi ayam (potong kiub)
  • 1 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 4-5 biji cili padi (ketuk hingga pecah)
  • sedikit sayur campur
  • ½ ketul kiub ayam
  • serbuk lada sulah
  • sedikit kicap cair

 

BAHAN HIASAN :

  • Timun
  • Tomato

 

BAHAN UNTUK SALUTAN ATAU TELUR DADAR:

  • 2 biji telur ayam
  • Secubit garam

 

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG PATTAYA :

▶ Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.

▶ Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.

▶ Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.

▶ Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati.

▶ Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

▶ Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.

▶ Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan.

▶ Hiaskan dengan timun dan tomato.

Senang je kan nak buat nasi goreng yang saya kongsikan ni. Lepas ni kalau setiap malam tak tahu nak makan apa, buat nasi goreng je. Rasa pun dah macam kedai.

Nasi goreng ni bukan kita je suka, anak-anak pun sangat gemarkannya. Silap-silap tak cukup lah sepinggan untuk dia. Bila kita dah pandai nak buat nasi goreng yang sedap, tak risau dah kalau ada cakap lapar. Nasi goreng ajerr!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open