Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Buat Pizza Simple Guna Roti Gardenia Jer. Tapi Semua Berebut Dek Terlampau Sedap!
Untuk minum petang, kadang-kadang pening kepala fikir nak buat apa yang simple dan mudah. Paling penting sedap untuk dimakan santai -santai je. Bolehlah hidangkan dengan teh o panas sambal hirup udara segar dekat laman.
Sebenarnya ada banyak resepi yang mudah dan boleh kita buat untuk dinikmati petang-petang. Dalam blog Kongsi Resepi ini juga terdapat pelbagai resepi simple yang kita boleh buat menggunakan bahan yang ada di rumah.
Untuk kali ini, saya nak kongsikan satu resepi yang ramai orang pasti akan suka. Hanya menggunakan roti gardenia sahaja, dah boleh dapat merasai roti pizza simple yang sedap dan marvellous.
Perkongsian yang ditulis oleh Cik Puan Yatti Omar ni ada dishare di ruangan facebook beliau. Tak perlu berceloteh lebih Panjang, jom saya kongsikan cara-cara nak buat dan bahan yang digunakan unruk buat pizza simple ni.
RESEPI ROTI PIZZA MUDAH DAN SIMPLE
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 5 keping roti gardenia (potong 9)
- 3 biji telur saya guna gred A. (Tak kisah gred apa-apa pun boleh)
- 3 pcs crab sticks (potong. nak gantikan dengan sosej pun boleh)
- 1 ekor ikan sardin (saya guna ayam brand. Kalau guna tuna pun tak ada masalah)
- 2 sudu besar Mayonis
- Garam
- 1 keping Cheese (Tak nak letak pun tak ape)
** Nak lagi sedap tambahkan bawang tabur atas pizza. Saya tak letak anak-anak tak mkn.
CARA PENYEDIAAN ROTI PIZZA :
▶ Pecahkan telur, kacau. (Macam nak buat telur dadar tu), masukkan garam sedikit.
▶ Hancurkan ikan sardin dan gaulkan dengan mayonis. Mayonis ni agak-agak, saya letak 2 sudu besar
▶ Panaskan minyak, minyak jangan banyak ye, sikit je.
▶ Gaulkan roti tadi dengan telur kemudian susunkan atas kuali. (Seperti dlm gambar).
BACA JUGA: Resepi Laksa Johor Super Awesome. Bahan Rahsia Ni Lah Yang Buat Rasanya Lagi Power!
▶ Gunakan api kecil ye. Takut nanti hangus. Agak-agak dah masak, letakkan topping sardin dgn taburkan crab sticks.
▶ Kemudian angkat pizza yang dalam kuali tu taburkan cheese. Saya pakai cheesedale.
▶ Selepas tu masukkan pulak dlm oven. Oven panas kan dulu. Bakar 10 minit temp 150. Api atas sahaja.
** Kenapa api atas je? Sebab kat kuali kita dah masakkan pizza bahagian bawah. Ni nak masakkan bahagian atas pulak.
▶ Ok dah siap. Dah boleh makan. Senang.
Fuuuh! Kalau macam ni pun punya simple pun dah Nampak berselera, macam mana pula kalau kita letak bahan-pelbagai bahan yang ada dekat rumah kita. Naka yam, letak ayam, nak letak nenas pun boleh, ada cendawan boleh letakkan.
Nak paling best, letakkan cheese mozzarella atas pizza kita sebelum masuk oven tu. Bila dah bakar, siap masa dan potong. Time Tarik tu, haab oleh Tarik tinggi -tinggi macam dekat kedai Pizza Hut atau Domino’s Pizza.
Nak buat roti pizza ni sesuai lah untuk buat minum santai-santai waktu petang tu. Tapi kalau malam tak nak makan nasi, tukarkan dengan roti pizza ni pun okay sangat sebab roti dan nasi merupakan makanan yang mempunyai karbo tinggi. Jadi, insyaAllah kenyang sampai esok!
Selamat mencuba semua!