Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat Simple. Tak Guna Inti Kelapa Pun Habis Licin!

Cencaru sumbat
0 1,713

Ada yang suka makan ikan cencaru? Biasanya ikan cencaru memang orang buat masak sambal merah, sambal hijau atau buat ikan cencaru sumbat. Memang padu dapat makan dengan nasi panas. Confirm akan bertambah makan.

Bila makan di kedai, biasa saya tengok bahagian tajam di badan ikan cencaru masih ada. Sedikit risau jika terkena tangan kita mahupun anak-anak. Boleh berdesing telinga dibuatnya.

Jadi, kalau nak buat ikan cencaru sumbat atau apa jua masakan dengan ikan cencaru, potong buang habis dulu bahagian sisik yang tajam tu. Nak makan pun jadi mudah kan.

Kalau nak buat lauk ikan cencaru sumbat, saya suka follow resepi daripada Cik Puan Eiyna Rossalieyna Gold ni. Simple dan mudah nak buat, yang penting tiada sisik tajam tersebut. Hehe.

Yang mana nak cuba, tapi tak berkesempatan bolehlah save dulu resepi ikan cencaru sumbat ni dan buat bila ada kelapangan masa nanti. Mesti cuba tau! Sebab rasa dia memang sedap.

 

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT

Selain ikan cencaru, nama lain yang biasa orang panggil ialah ikan jacket. Sesetengah orang memang tidak kenal ikan cencaru tapi kenal ikan jacket. Sedangkan ianya ikan yang sama. Hehe.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 20 biji cili merah dan cili hijau
  • 3 biji bawang besar
  • 3 biji tomato
  • Sedikit air
  • 6 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • Perahan 1 biji limau Kasturi
  • Sedikit belacan

CARA PENYEDIAAN IKAN CENCARU SUMBAT :

▶ Mula-mula sekali, belah bahagian belakang ikan. Basuh ikan dan ketepikan seketika.

▶ Kisar sampai hancur cili merah, cili hijau, 1 biji bawang besar, tomato, bawang putih, air perahan limau, belacan dan juga sedikit air.

▶ Kalau kita suka masam, boleh lebihkan sedikit air perahan limau kasturi tu.

▶ Masukkan dalam bekas, bahan kisar tadi. perasakan dengan garam dan gula. Gaul sebati.

▶ 2 biji bawang tadi, hiris membulat. Dan masukkan sekali ke dalam bekas bahan kisar.

▶ Kacau sebati semua bahan. Akhir sekali, sumbat semua inti tersebut ke dalam badan ikan.

▶ Bila semua dah selesai, lumurkan garam pada ikan dan biarkan selama 25 minit.

▶ Cukup masa, panaskan minyak dan goreng dengan menggunakan minyak yang banyak.

▶ Pastikan ikan betul-betul masak. Jika ada lebihan bahan kisar tadi, tuangkan ke atas ikan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Teringin Nak Makan Onion Ring Macam Kedai, Buat Sendiri Di Rumah Boleh Makan Banyak!

 

Waah! Bukan main senang lagi kan nak buat ikan cencaru sumbat ni. Dan kalau korang perasan, ikan cencaru sumbat ni ada pelbagai versi dan cara. Ada juga yang suka makan ikan cencaru sumbat inti kelapa.

Jadi, yang mana pun kita suka bolehlah buat sekali sekala untuk hidangan yang berbeza buat keluarga. Kalau ada ibu dan ayah bersama, sudah pasti lauk ikan cencaru ni menjadi kegemaran mereka.

Saya harap perkongsikan resepi Ikan Cencaru Sumbat ni boleh memberikan manfaat kepada korang semua. Jangan lupa kongsikan di ruangan wall facebook supaya lebih ramai dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open