Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Banyak Versi Tapi Yang Ni Versi Utara. Jom masak! 

0 142

Bubur lambuk banyak versi sebenarnya, bahan-bahan juga ada yang berbeza. Versi yang akan dikongsikan hari ini adalah versi utara yang selalu ada kat masjid-masjid. Apa kata kita buat bubur lambuk guna rice cooker pula. Kat hostel pun boleh masak.

Seperti yang kita tahu, bubur lambuk antara hidangan istimewa dibulan ramadhan. Sehinggakan setiap tahun orang ramai akan bergotong royong dimasjid untuk buat menu ni. Bubur lambuk yang dah siap akan diagihkan pada penduduk kampung.

Menjelang bulan ramadhan juga, pelbagai juadah terjual dibazar ramadhan. Salah satu juadah yang menjadi perhatian ramai adalah bubur lambuk. Setiap negeri juga mempunyai cara yang berbeza dalam menghasilkan bubur lambuk.

Untuk resepi bubur lambuk kali ini, kita akan ikuti perkongsian dari seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Haziqah. Mungkin ada antara kita yang rindu nak makan bubur lambuk, apa kata anda buat je dirumah.

Lama lagi kalau nak tunggu bulan ramadhan. Guna resepi ni lebih mudah. Masak guna rice cooker je. Hasilnya tetap sedap macam yang ada kat masjid. Rindu pula dengan bulan ramadhan. Harap-harap ramadhan tahun depan kita dapat bersama keluarga.

 

RESEPI BUBUR LAMBUK GUNA RICE COOKER

Resepi bubur lambuk sebenar akan dihidang dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku miding. Tapi untuk resepi utara ni, sangat simple dan tak menggunakan bahan memasak yang banyak dan renyah. Rasanya tetap padu!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 1/2 pot beras (dibasuh, rendam selama 15 minit dan ditoskan)
  • Daging (dihiris kecil, basuh dan ditoskan)
  • 1 bungkus Perencah sup adabi
  • Daun sup (dihiris kecil)
  • 1 batang carrot (dipotong dadu)
  • 1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inch halia
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 100 ml santan
  • 2 liter air
  • Bawang goreng
  • Gula dan garam

CARA PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK GUNA RICE COOKER :

▶️ Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.

▶️ Kemudian , masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.

▶️ Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.

▶️ Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata.

▶️ Bila dah sekata, masukkan kesemua bahan tumisan ke dalam rice cooker.

▶️ Masukkan air, ubi kentang dan juga carrot.

▶️ Masak sehingga beras kembang dan masukkan santan.

▶️ Perasakan dengan gula, garam dan serbuk lada hitam. Masukkan daun sup dan juga bawang goreng.

▶️ Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kek Pelangi Karamel Yang Gebu Dan Cair Di Mulut. Sedap Dan Kek Tak Terlampau Manis!

 

Makan panas-panas lagi sedap. Bila dicampurkan serbuk lada hitam, badan pun rasa hangat, rasa ringgan dan lega. Waktu demam, bolehlah upgrade makan bubur lambuk. Asyik makan bubur orang sakit je. Gurau!

Tapi, bubur nasi biasa dengan bubur lambuk berbeza dari segi bahan masakan. Bubur biasa tidak ada penggunaan santan dan rempah. Tetapi bubur lambuk akan ditumis dengan rempah dan dimasukkan santan untuk melemakkannya.

Nak rasa nikmat makan bubur lambuk ni, tentulah nak kena tunggu bulan ramadhan. Tapi nak buat hujung minggu atau majlis kenduri pun boleh. Semoga resepi bubur lambuk guna rice cooker ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open