Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Pelangi Karamel Yang Gebu Dan Cair Di Mulut. Sedap Dan Kek Tak Terlampau Manis!
Jom buat kek lagi. Kali ni nak buat kek pelangi karamel yang gebu dan cair dimulut. Rasanya tak terlalu manis dan nice je bila dimakan. Sesetengah orang tak suka kek yang manis-manis ni. So, kalau tak suka kek yang manis boleh follow resepi ni.
Cara penyediaannya sangatlah mudah. Kek ini menggunakan teknik mengukus. Sebelum start buat adunan kek, kena sediakan karemal dulu. Sebab karamel ni akan berada dibahagian atas kek dan dimasukkan awal sekali dalam loyang.
Karamel akan dikukus dahulu sebelum dimasukkan adunan kek. Adunan akan dimasukkan di bahagian atas karamel. Bila dah siap kukus, loyang akan diterbalikkan. Dengan itu, karamel yang kita masukkan awal tadi akan berada dibagaian atas.
Siapa yang tak suka dengan kek yang gebu gebaskan. Mestilah semua suka! Sebelum PKP, musim perayaan je ramai yang akan buat kek simple macam ni dirumah. Sesuai sangat dihidang buat para tetamu dan sanak saudara yang datang kerumah.
Resepi kak pelangi karemel ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ariana Sofia Ahmad. Selain di karamelkan, kek ini juga akan mempunyai beberapa warna. Dan hasilnya seperti pelangi.
RESEPI KEK PELANGI KARAMEL
Sejak PKP ni, mesti dah ramai yang pandai buat kek kan. Anak-anak pula suka sangat bila ada macam-macam kudapan. Takde lah mereka merunggut bosan duduk rumah. Jom kita buat kek pelangi karamel ni!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk karamel :
- 2 sudu besar gula biasa
- 2 biji telur gred B
- 45g @ 1/4 cawan gula kastor
- 200ml @ 1 cawan susu cair
- 50ml @ 1/4 cawan susu segar
- 1sk esen vanila
Bahan untuk untuk kek pelangi :
- 80g @ 1/2 cawan butter
- 90g @ 1/2 cawan gula kastor
- 3 biji telur gred B
- 1 sudu besar ovallete
- 1sk esen vanila
- 160g @ 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1sk soda bikarbonat
- 1sk baking powder
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 5 sudu besar susu segar
- 2sk warna hijau
- 2sk warna kuning
- 2sk warna merah
CARA PENYEDIAAN KEK PELANGI KARAMEL :
▶️ Step pertama buat karamel dulu. Masukkan gula 2 sudu besar dan masak sehingga keperangan. Jangan hangit dan guna api perlahan je.
▶️ Bila gula dah cair semua tutup api dan biarkan sejuk.
▶️ Dalam bekas lain pukul telur dan esen vanila hingga sebati. Whish hand je.
▶️ Bila dah sebati masukkan gula dan pukul sehingga gula hancur.
▶️ Seterusnya, masukkan susu cair dan susu segar. Kacau sebati.
▶️ Dah sebati tuang adunan dalam loyang 9″ dan tapis adunan. Nak guna loyang 8″ pun boleh.
▶️ Sebelum kukus wrap dulu loyang supaya air tak masuk. Kukus 20-25 minit sehingga masak.
▶️ Sementara tunggu karamel masak, buat adunan kek pula. Masukkan butter dan gula. Mix sehingga sebati dan bertukar warna putih.
▶️ Bila adunan dah jadi putih, masukkan telur, ovallete dan esen vanila. Mix sehingga adunan menjadi licin dan tak berketul. Pastikan adunan masih cair.
▶️ Adunan jadi licin macam ni. Lepas tu masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. Mix sehingga adunan sebati. Jangan mix terlampau lama.
▶️ Dah sebati macam ni stop mix. Masukkan susu pekat manis dan susu segar. Mix lagi sekali hingga sebati. Adunan jadi cantik macam ni. Jangan sampai adunan jadi likat.
▶️ Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian. Boleh guna warna kesukaaan masing-masing. Boleh juga kurangkan sukatan warna kalau tak suka warna terang.
▶️ Ni karamel yang dah siap dikukus tadi. Sebelum tuang adunan kek, cucuk dulu karamel dengan sudu garfu atas permukaannya supaya bila kek dah masak, tak telerai dari karamel.
▶️ Tuang adunan tadi secara berselang seli. Letak 4 sudu setiap lapisan. Buat sampai adunan habis.
▶️ Lepas tu bolehlah lorek guna lidi mengikut kretiviti masing-masing.
▶️ Sebelum kukus, wrap dulu loyang dan kukus selama 55 minit atau sehingga masak.
▶️ Kek dah masak dan naik dengan jayanya. Sebelum diterbalikkan, kikis bahagian tepi kek dengan pisau nipis. Ambil papan kek atau bekas letak atas loyang. Lepas tu terbalikkan terus.
▶️ Nak elak kek jadi mendap, terbalikkan masa kek masih panas. Kek pelangi karamel masak elok je.
▶️ Dah sejuk bolehlah dipotong. Letak dalam peti ais pun sedap.
BACA JUGA: Resepi Nasi Goreng Cina Yang Simple, Cepat Dan Enak. Nak Buat Menu Breakfast Puan Boleh!
Siap untuk dihidang! Kek ni memang sangat gebu dan lembut. Karamel pun tak terlampau manis. Sekali cuba pasti nak lagi! Makan sejuk ke, makan panas ke tetap sedap. Aromanya memang wangi.
Ada juga yang masukkan fruit mix atau kismis dalam kek ni. Tapi, buat macam ni pun dah cukup. Mak-mak kita dulu panggil kek ni kek marjerin atau kek mentega. Tapi, sekarang ni dah macam-macam nama dah ada. Marble, pelangi dan lain-lain.
Kek macam ni biasanya tahan lama. Kalau buat banyak pun boleh simpan dalam peti. Bila-bila nak makan keluarkan je. Semoga resepi kek pelangi karamel ini bermnafaat buat kita semua. Selamat mencuba!