Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Gerenti Sedap. Mudah Sangat Buatnya Rugi Tak Cuba!
Ikan pari sangat terkenal dengan masak asam pedas. Resepi asam pedas ini juga merupakan satu masakan yang disukai ramai. Contohnya mereka yang berkunjung ke Melaka, pasti saja memilih untuk mencari asam pedas ikan pari disana.
Banyak juga tempat di Melaka yang terkenal dengan asam pedas. Pesnya juga semakin banyak dijual. Tetapi, rasa asam pedas yang menggunakan pes tidak sama dengan masak tanpa menggunakan pes.
Untuk mengelakkan ikan pari berbau hanyir, ikan perlu dibasuh bersih menggunakan asam jawa. Lebih baik dibiarkan seketika sebelum dibilas. Untuk mereka penggemar asam pedas ikan pari, boleh rujuk resepi mudah memasaknya disini.
Resepi asam pedas ikan pari ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hawa Aziz. Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi istimewa ini disini.
Ha! Nak pilih pari ni kena pilih betul-betul ye. Bimbang masa nak makan nanti, terasa pari tu keras. Kalau pari jantan, ianya perlu dimasak lama sedikit barulah lembut. Make sure tanya penjualnya dulu baru beli.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI
Selain dimakan dengan nasi putih, asam pedas ikan pari ini sangat sedap dimakan dengan ulam-ulaman. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kilo Ikan pari
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- 1 biji tomato (dibelah 6)
- Pati Asam jawa
Bahan kisar :
- 15 tangkal Cili kering
- Sedikit belacan
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 ketul kunyit hidup
- 1 inci halia
CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN PARI :
▶️ Basuh bersih ikan pari menggunakan asam jawa.
▶️ Tumis bahan kisar sehingga sedikit kering.
▶️ Bila dah mula nak kering, masukkan ikan pari dan kacau sebati.
▶️ Kemudian, masukkan daun kesum, bungan kantan, serai, pati asam jawa dan air.
▶️ Biarkan mendidih, masa ni boleh la masukkan garam, gula dan secukup rasa.
▶️ Last sekali, masukkan tomato dan tutup api. Siap!
BACA JUGA: Resepi Custard Slice Yang Paling Simple Dan Guna 5 Bahan Je. Mudah Dan Pastinya Enak!
Sedia untuk di makan panas-panas. Anda juga boleh mencampurkan sayur bendi dalam penyediaannya. Memang sedap! Barulah lengkap asam pedas kita dengan ikan pari dan juga sayur bendi.
Lepas ni boleh cuba masak asam pedas secara homemade. Cuba masak tanpa menggunakan pes. Memang lain rasanya. Bahan memasak yang digunakan juga mudah diperolehi.
Asam pedas setiap negeri juga berbeza, anda boleh cuba versi yang ni dulu. Manalah tahu sesuai dengan tekak. Boleh masak lagi. Semoga resepi asam pedas ikan pari ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!