Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Telur Dadar Ala Thai, Makan Dalam Daun Pisang Memang Wangi!

Telur dadar ala thailand
0 1,560

Telur dadar memang antara hidangan wajib ada kalau makan dengan makanan berkuah seperti sup atau tomyam. Bila ada telur dadar bersama, jadi lebih perfect! Pernah dengar telur dadar Thailand?

Berbeza dengan telur dadar kita, banyak bahan yang diletakkan bersama telur. Kalau telur dadar biasa, paling simple sekali pun, kita kocak telur dengan garam sahaja. Bila lebih sikit, hiris nipis bawang untuk lebih sedap.

Tapi tidak dinafikan ada juga sekarang ni telur dadar Malaysia pun yang masukkan pelbagai bahan di dalamnya supaya nampak lebih mewah.  Namun begitu, saya seronok nak kongsikan resepi yang dkongsikan oleh channel Wong Nai Cooking ni.

Resepi nak buat telur dadar ala Thailand yang mewah dan confirm kenyang. Sebenarnya apa yang kita nak masukkan dalam telur adalah terpulang kepada apa yang kita nak makan.

Tapi untuk ala Thai ni, saya tertarik kerana ianya dimasak dalam daun pisang. Wangi satu hal dah, sedapnya lagi hal lain pula. Mesti ada yang suka saya kongsikan resepi telur dadar ala Thai ni.

 

RESEPI TELUR DADAR ALA THAI

Walaubagaimanapun, resepi telur dadar ala Thai yang saya kongsikan ni kuantitinya sangat banyak. Jadi, kitab oleh adjust ikut kuantiti yang kita suka dan kurangkan ikut bilangan ahli keluarga sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 15 biji telur
  • 1 Cekak Daun bawang ( racik halus )
  • 5 biji cili padi merah ( racik halus )
  • 2 sudu garam
  • Daun pisang ( potong petak )

CARA PENYEDIAAN TELUR DADAR ALA THAI :

▶ Mula-mula sekali, pastikan telur dibasuh bersih.

▶ Pecahkan dalam 1 mangkuk. Hiris daun bawang dan cili padi halus-halus.

▶ Masukkan ke dalam bekas telur tadi.

▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika ada.

▶ Kocak atau pukul telur sehingga semuanya sebati.

▶ Sediakan daun pisang. Potong ikut saiz seperti saiz kuih tepung pelita.

▶ Susun elok-elok dan masuk telur tersebut ke dalam daun pisang.

▶ Panaskan api dan biarkan masak. Boleh je kalau nak masak terus dalam kuali. Kemudian potong mengikut kesesuaian.

▶ Bila dah masak boleh angkat dan hidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Keledek Purple. Rasa Lemak Bersantan Memang Padu!

 

Kalau rajin nak buat guna daun pisang ni, anak-anak mesti seronok dapat makan satu seorang. Jika tak cukup dah tahu senang kan nak buat. Resepi simple macam ni memang ramai yang suka buat.

Sebenarnya ada yang saya pernah tengok lagi mewah dengan masukkan lobak merah, cili merah, daun sup serta kacang buncis yang diracik halus.

Semoga perkongsian resepi cara nak buat telur dadar ala Thai ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Boleh buat dan hidangkan telur dadar dalam daun pisang macam ni pulak. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open