Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Tosai Mudah Menggunakan Nasi Sejuk. Sedap Makan Panas-Panas!

0 9,798

Makanan India ini tidak asing lagi di tekak Orang Melayu. Rasanya yang sedap, dicicah pula dengan kuah kari atau cutney hijau, confirm ramai yang suka bila dapat makan tosai resepi mudah ni panas-panas.

Biasanya nak makan tosai ni, ke kedai mamaklah kita baru dapat merasa. Tapi kini tidak perlu bersusah payah lagi sebab nak buat tosai ni tersangatlah mudah dengan follow je resepi daripada Cik Puan Nadia Sulaiman ni.

Lebih mengejutkan Cik Puan Nadia Sulaiman ni kongsikan cara buat tosai menggunakan nasi sejuk jer. Haa, yang ada nasi lebihan semalam tu, boleh follow resepi ini untuk buat sarapan nanti.

 

RESEPI TOSAI

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tosai ini adalah :

  • 2 Cawan Nasi Sejuk
  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 2 Cawan Air
  • 1 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Baking Powder
  • 1 Sudu kecil Garam

CARA PENYEDIAANNYA :

▶ Kisar kesemua bahan di atas sehingga hancur dan mendapat teksture halus seperti tepung yang dibancuh

▶ Panaskan kuali yang leper atau kuali yang tidak melekat

▶ Sapukan minyak sekali lalu dan tuang sesenduk ke atas kuali. Ratakan menggunakan belakang senduk.

▶ Biarkan sehingga seluruh Kawasan masak.

▶ Angkat dan hidangkan panas-panas

 

Nak makan tosai ni dengan kuah kari boleh dengan  cutney hijau pun boleh. Lagi sedap jika ada kedua-duanya. Marvelous!  Ini saya kongsikan resepi dan cara buat Cutney Hijau.

 

RESEPI CUTNEY HIJAU

Bahan-bahannya ialah :

  • 1 Cawan Kelapa Parut
  • 5 Batang Cili Hijau (Cili Besar)
  • 2 Batang Cili Padi ( Jika suka pedas, boleh tambah lagi)
  • 1 Inci Halia
  • 5 Biji Bawang Merah
  • Daun kari
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • 4 Biji Limau ( lagi banyak lagi sedap)

CARA PENYEDIANNYA :

▶ Kisar kelapa parut, cili hijau, cili padi dengan sedikit air.

▶ Kemudian, masukkan bawang merah, halia dan daun kari. Blend sekejap sahaja. (Tip : Jangan blend bawang terlalu lama , nanti rasa bawang jadi tak sedap)

▶ Masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

▶ Perah asam limau, masukkan garam dan gula. Kacau sehingga sebati

▶ Untuk nampak lebih menarik dan wangi, tabur daun kari ke dalam mangkuk.

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Talam Pisang, Unik Tapi Sedap. Resepi Wajib Cuba!

Fuuh! Belum buat lagi dah boleh rasa kenikmatan makan tosai cicah dengan cutney hijau ni kan? Nampak mudah dan menyelerakan! Boleh la anda cuba untuk hidangan keluarga nanti.

Hanya menggunakan nasi sejuk je pun dah boleh dapat juadah untuk sarapan esok pagi.  Boleh lah lepas ni kita buat resepi tosai yang mudah dan senang ni. Terima kasih kepada pemilik resepi, semoga dimurahkan rezeki.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open