Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Goreng Cina Yang Simple, Cepat Dan Enak. Nak Buat Menu Breakfast Pun Boleh!

0 1,439

Resepi nasi goreng cina bukan sahaja mudah dan cepat dibuat, ianya merupakan nasi goreng yang sangat ramai penggemarnya. Kalau ke kedai makan, mesti ada antara kita yang suka sangat order nasi goreng cina ni kan? Kali ni jom kita buat dirumah.

Kalau ada lebihan nasi putih yang tak habis semalam, apa kata kita buat nasi goreng pagi ni. Bahan memasak yang digunakan juga tak renyah. Yang penting ada udang , sayur lobak merah barulah naik seri nasi goreng cina kita tu.

Nak masukkan sayur campur pun boleh. Nasi goreng cina ini dimasak dengan marjerin ataupun plantan. Barulah aummmm baunya. Uish senang kata sedaplah. Dan tak perlu penggunaan bawang merah. Guna je bawang putih dah cukup.

Bawang merah akan digantikan dengan daun bawang. Baunya wangi sangat! Dicampurkan pula lada sulah. Barulah terasa kehangatannya. Apa kata, kita follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie.

Sejak Covid-19 menular di negara kita. Banyak kedai makan yang tidak dapat beroperasi di waktu malam. Sedangkan ramai antara mereka yang menjadikan berniaga kedai makan ini sebagai satu-satunya sumber pendapatna mereka.

 

RESEPI NASI GIRENG CINA

Apa yang penting kita tak putus doa, agar Covid-19 ni cepat diangkat oleh Allah SWT dari muka bumi, Amin. Ok, nak tanya ada yang nak masak nasi goreng cina untuk sarapan pagi? Jom follow stepnya disini. Kalau nak hidang makan malam pun boleh.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Udang (dibuang kepala dan dibersihkan)
  • Marjerin/ Planta
  • Bawang putih (dicincang)
  • Daun bawang (dihiris)
  • 2 biji telur
  • Lobak merah
  • 1 sdb Lada sulah
  • Garam
  • 1 sdb Kicap cair

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG CINA :

▶️ Dalam kuali, panaskan minyak. Gorengkan udang yang telah dibersihkan.

▶️ Jangan lama sangat goreng udang tu. Nampak dah bertukar warna je terus angkat dan ketepikan.

▶️ Baki minyak tadi kita masukkan marjerin. Guna planta pun boleh.

▶️ Masukkan bawang putih yang dah dicincang halus.

▶️ Masukkan daun bawang. Bau dia wangi sangat!

▶️ Seterusnya, masukkan telur 2 biji dan kacau sebati.

▶️ Masukkan sayur kegemaran anda seperti lobak merah yang disagat ni.

▶️ Masukkan lada sulah dalam 1 sdb dan perasakan dengan garam ikut selera. Kacau dan biar semua rata.

▶️ Masukkan kicap cair untuk mantapkan lagi rasa nasi goreng cina kita.

▶️ Kemudian, masukkan nasi sejuk yang sudah di gemburkan. Kacau rata.

▶️ Last sekali, masukkan udang yang sudah digoreng awal tadi. Dah siap!

▶️ Taburkan daun bawang, hidangkan pada anak dan suami!

 

BACA JUGA: Resepi Donat Pandan Yang Gebu, Wangi Dan Paling Mudah Dibuat! Rugi Sangat Tak Cuba!

 

Settle dah sarapan pagi, jom lepak sambil layan Pdpr. Nasi goreng cina ini pasti menjadi satu hidangan kesukaan anak-anak anda. Tak pedas dan rasanya cukup enak. Tak nak letak kicap pun takpe.

Sarapan pagi sangat penting. Tak kisahlah nak makan nasi, roti ataupun kuih muih. Wajib ambil supaya tak sakit perut dan kita lebih bertenaga nak buat kerja. Kalau tak sarapan, angin masuk kat kepala. Nak buat kerja pun tak boleh.

Lepas ni nak masak nasi goreng cina, boleh follow resepi ni. Mudah, cepat dan sedap. Confirm laju je habis! Semoga resepi nasi goreng cina yang simple ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open