Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Roti Gardenia Crab Stick And Cheese. Boleh Frozenkan, Nak Makan Goreng Je!

0 1,209

Banyak gunanya roti gardenia ni. Selain dibuat puding, kek dan juga roti sandwich anda juga boleh mencuba resepi roti gardenia crab stick and cheese. Roti yang dah siap boleh difrozenkan dan digoreng bila-bila masa.

Sebelum difrozenkan roti ini perlu dikukus dahulu dan dimasukkan inti crab stick dan cheese didalamnya. Dilipat dan dikelipkan bahagian tepinya menggunkan garfu. Bila nak goreng nanti boleh buat bancuhan tepung gandum.

Celup roti pada tepung macam nak buat goreng pisang tu. Kemudian, goreng roti sampai masak. Sedap sangat dimakan dengan sos cili, mayonis dan juga thousand island. Anak-anak kita pun dah tentu suka.

Resepi ini boleh dijadikan menu sarapan pagi anak-anak. Boleh juga dibuat dua jenis iaitu dengan keju dan tanpa keju. Sebab ada juga yang tak suka makan keju ni. Kalau tak letak keju bolehlah lebihkan leraian crab stick didalamnya.

Sarapan pagi untuk anak-anak sangat penting bagi memberikan mereka tenaga sepanjang hari. Walaupun belajar dari rumah, anak-anak tetap tak boleh tinggal sarapan pagi. Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Watie Ahmad ini.

 

RESEPI ROTI GARDENIA CRAB STICK AND CHEESE

Anak-anak pun tentu dah bosan makan roti dengan jem kan. Kali ini kita hidangkan menu baru dan sedap. Bertukar selera mesti mereka suka! Kalau nak intikan dengan hirisan sosej pun boleh.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti gardenia
  • Crab stick
  • Cheese
  • Bancuhan tepung gandum

CARA PENYEDIAAN ROTI GARDENIA CRAB STICK AND CHEESE :

▶️ Kukus roti dahulu untuk elak roti serap minyak. Kukus sekejap saja tau. Jangan lama sangat.

▶️ Crab stick pula digoreng lepas tu dileraikan.

▶️ Lenyek roti tadi dan letak cheese dan crab stick tadi. Kemudian, gulung roti.

▶️ Bahagian tepi tekan dengan garpu supaya melekat.

▶️ Yang ni untuk stok simpan dalam peti ais.

▶️ Kalau nak goreng, ambil roti dan celup dalam bancuhan tepung gandum. Kemudian, goreng sampai masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Sos Black Pepper Viral Yang Mabeless. Mudah Sangat Nak Buat, Rasanya Pun Tak Muak!

 

Mudahkan menu ni! Nak goreng guna air fryer pun boleh. Lebih mudah! Selain dijadikan munu sarapan pagi, anda juga boleh buat banyak-banyak roti ni dan dihidang waktu petang untuk menu minum petang anda sekeluarga.

Ada juga resepi roti gardenia inti kaya, inti sardin dan inti kentang yang digoreng dengan celupan tepung. Biasanya dijual oleh peniaga kecil diwaktu petang di tepi jalan atau pasar malam. Ramai yang suka!

Roti yang dah nak expired tu, cepat-cepat buat resepi crab stick and cheese ni. Confirm habis dan tak terbuang. Takde lah membazirkan. Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open