Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Roti Sisir Atau Roti Balok Homemade. Lembut, Wangi Dan Pastinya Enak!

0 688

Ingat lagi tak tragedi roti gardenia masa PKP 1.0? Roti gardenia jadi rebutan hingga kehabisan stok di pasaran. Rak-rak roti dikebanyakkan market kosong. Jadi PKP kali ini, biar kita buat sendiri roti sisir atau roti balok ala gardenia secara homemade.

Mungkin disebabkan tragedi roti gardenia habis, ramai yang belajar buat roti secara homemade. Sekarang pula dah start PKPD di Selangor. Rasanya dah boleh guna resepi ni untuk asah skill buat roti dirumah.

Mudah dan tak renyah cara penyediaanya. Roti yang dimasak sendiri ni lebih baik dari beli diluar. Terjamin kebersihannya dan boleh dikawal bahan pengawet yang digunakan. Roti sisir ini juga boleh dimakan dengan apa saja jenis manisan.

Nak cicah dengan kari pun sedap juga. Resepi roti sisir ini terhasil disebabkan tragedi roti gardenia di PKP 1.0. Dimana Cik Puan Neny Lai Han tidak dapat lagi membeli roti diluar. Dengan itu beliau belajar untuk menghasilkannya secara homemade.

Terhasillah resepi roti sisir seakan roti gardenia ni. Lembut je jadinya. Untuk mendapatkan tekstur yang lembut pada roti, ada tekniknya. Antaranya ialah adunan roti mestilah diperap lama dan diperap beberapa kali selepas dibuang anginnya.

 

RESEPI ROTI SISIR ATAU ROTI BALOK HOMEMADE

Siapa kata tak boleh buat roti gardenia di rumah. Mungkin bentuknya sedikit berbeza, tetapi rasanya tak kurang sedap macam roti gardenia. Stok roti ni kena ada kat rumah, sambil WFH boleh makan roti dengan nutella.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

 

Bahan B :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh dough softener
  • 1 biji telur dari peti*

RESEPI ROTI SISIR ATAU ROTI BALOK HOMEMADE

▶️ Campurkan bahan A dan biarkan kembang seketika.

▶️ Satukan bahan B kecuali telur. Ramas sehingga jadi macam serbuk roti.

▶️ Kemudian, campurkan yis tadi dan pecahkan sebiji telur. Gaul rata.

▶️ Rehatkan doh sehingga kembang. Kemudian, tumbuk bagi keluarkan angin biar kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk lagi keluarkan anginnya.

▶️ Seterusnya, uli sekadar tak melekat pada tangan.

▶️ Bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang. Gelek ketebalan ikut suka lipat dua dan susun rapat-rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.

▶️ Rehatkan doh sehingga kembang. Sementara tu panaskan oven guna suhu 170C selama 10 minit atau ikut oven masing-masing.

▶️ Sapukan permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur yang dicampurkan dengan 2 tbsp fresh milk yang dikacau rata.

▶️ Kemudian, bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

▶️ Rehatkan kejap roti dalam oven baru keluarkan. Terbalikkan sekejap kemudian griskan dengan marjerin bagi roti cantik glowing.

▶️ Dah boleh potong sedikit nipis ala roti gardenia.

 

BACA JUGA: Anak-Anak Memang Suka Makan Mac And Cheese. Rasa Berkrim Lemak Merdu Gituh. Sedap Yakmat!

 

Mudahkan! Sarapan pagi anda dah boleh dihidang dengan roti sisir lagi. PKPD ni mungkin dah tak ada panic buying macam PKP 1.0 lagi. Jadi roti ada je kat kedai. Tapi tak salah nak cuba buat sendirikan.

Dah tahu resepi mudah ni, apa kata buat sendiri je. Rasai pula nikmat roti sisir yang baru keluar dari oven dan dipotong dalam keadaan panas-panas. Makan macam tu pun sedap tau. Wangi je baunya.

Pelbagai resepi yang anda boleh cuba sepanjang PKP ni. Google dan search sahaja. Semoga resepi roti sisir atau roti balok ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open