Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Masak Halia Yang Simple Je Nak Buat Tapi Sedap! Masakan Sihat Untuk Keluarga!

0 74,320

Kadang-kadang rasa nak makan masakan yang paling simple tapi sedap. Contohnya macam singgang ikan, sup ayam. Buat yang paling mudah tapi sedapnya tu ya ampun!

Satu lagi masakan simple yang kita boleh buat ialah ayam masak halia. Bahan yang digunakan pun senang, nak masak pun mudah je rupanya!  Serious ni, kalau dapat makan dengan nasi putih panas memang boleh bertambah.

Ayam masak halia ni, sesuai juga kalau kita nak masakkan untuk mak ayah kita, untuk anak-anak kecil kita. Sihat untuk tubuh badan dan rasa pun boleh tahan sedap. Nak makan dengan nasi putih boleh, dengan bubur nasi pun tak ada masalah.

Jom saya kongsikan macam mana nak buat masakan ayam masak halia dari resepi Cik Puan Khas Fena kita ni. Simpan atau share tau cara ni so nanti boleh buat lagi bila-bila.

 

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia (wajib dilebihkan)
  • 2 biji cili padi
  • Air
  • 1 sudu makan sos tiram
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • ½ sudu makan minyak bijan
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK HALIA :

▶ Mula-mula hiris nipis atau potong kecil bawang merah, bawang putih dan juga halia

▶ Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bahan hiris tadi. tumis sampai garing ye.

▶ Dah garing boleh masukkan ayam yang dipotong kecil. Boleh juga pakai isi ayam semua

▶ Bila ayam dah nampak putih tu masuk air setengah cawan. Kalau nak letak sayur boleh masuk masa ni. Sayur yang sesuai (lobak merah, bunga kobis, brokoli, cendawan dan daun bawang)

▶ Kemudian masukkan sos tiram sikit. Kalau nak kuah banyak, boleh lebihkan sos tiram dan air. Nak lagi sedap tambahkan 1 sudu chicken stock maggi atau kiub pati ayam pun boleh. Kalau tak letak pun okay je, kalau letak lebih sedap.

▶ Masukkan ½ sudu kecil serbuk lada hitam atau lada putih, mana-mana pun boleh

▶ Rasa dulu, kalau kurang, tambahkan garam sikit. Sebab sos tiram dah ada rasa masin

▶ Akhir sekali masukkan minyak bijan. Minyak ni buat masakan lagi sedap dan wangi. Kalau tak letak pun ok je. Masak dengan api slow sampai ayam betul-betul masak.

▶ Siap dan sedia dihidangkan!

Mudah je kan nak buat ayam masak halia ni. Bila semua bahan dah ada, buat tu sekejap je. Bolehlah ada masa nak rehatkan diri. Tapi tak risau sebab lauk ni sedap walaupun simple.

BACA JUGA: Cara Buat Ketam Masak Telur Masin Yang Sedap Berlemak! Tak Sangka Mudah Nak Buat Dan Rasa Dia Serious Padu!

Memang penting untuk kita jaga pemakanan anak-anak dan pasangan. Sebab tu, kita kena ambil tahu dan tanya apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. Jika yam masak halia ni ada anak-anak yang tak gemarkan, buat satu lagi lauk simple khas untuk anak-anak.

Ayam goreng ala KFC, telur berkuah kicap, telur rebus sambal atau apa-apa yang kena dengan selera mereka. Barulah seronok semua kerja jadi mudah.

Untuk yang nak cuba buat ayam masak halia ni, boleh ikut resepi yang saya kongsikan ni. InsyaAllah mudah, cepat siap dan rasa memang terbaik.

Saya ucapkan selamat mencuba buat kawan-kawan semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open