Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Hasilkan Popia Goreng Sedap Dan Rangup Walaaupun Dah Sejuk! Gaul Dengan Sambal Pun Sedap.
Perasan tak, sebenarnya ada banyak makanan yang boleh kita buat menggunakan kulit popia. Ye lah kan, kadang-kadang beli kulit popia dah lama. Gunanya sekali dua sahaja itu pun buat popia goreng sambal.
Antara yang biasa saya buat dengan kulit popia ni, ialah kerepek. Gunting kepada potongan lebih kecil, goreng dengan minyak panas. Kemudian gaulkan dengan pelbagai perasa yang kita suka. Cheese, serbuk lada, gula atau pun nestum.
Selain daripada tu, boleh juga gulung dulu kulit popia baru gunting dan goreng. Buat kudap-kudapan makan depan tv laju je lah habis sebalang.
Namun ada juga yang suka buat popia goreng inti sayur atau pun popia sira yang bersalut sambal tu. Bila viral pasal popia inti carbonara, kita pun plan nak buat kan
Perkongsian daripada Cik Puan Angah Norsiah ni, nampak menarik dan cantik je popia yang beliau buat. Inti dalamnya juga guna bahan mudah dan tak perlu masak terlebih dahulu.
RESEPI POPIA GORENG SAMBAL
Kalau nak buat popia goreng, paling penting untuk tahu macam mana nak kekalkan kerangupan dia walaupun sudah sejuk. Biasanya kalau bulan puasa, wajib beli dekat bazar Ramadhan tau.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kulit popia
- Lobak merah ( potong memanjang)
- Kobis ( potong halus)
- Sengkuang ( potong memanjang)
- Ikan bilis @ udang kering ( tumbuk kasar)
- Serbuk perasa maggi
- Lada sulah
- Sedikit tepung gandum
CARA PENYEDIAAN POPIA GORENG SAMBAL :
▶ Mula-mula sekali, sediakan bahan-bahan yang perlu dipotong dan ditumbuk.
▶ Satukan dalam mangkuk dan gaul sekata. Siap bahagian intinya. Tak perlu masak terlebih dahulu.
▶ Bancuh tepung gandum dengan sedikit air untuk dijadikan gam
▶ Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti di bahagian tengah. Lipat kiri kanan dan gulung seperti biasa.
▶ Akhiri dengan gamkan hujung kulit popia supaya tidak terbuka.
▶ Panaskan minyak yang banyak. Goreng popia sehingga bertukar warna. Gunakan api yang kecil kerana kulit popia ni akan cepat masaknya.
▶ Bila bahagian agak dah masak, angkat dan toskan.
Dah siap popianya, jomlah gaulkan dengan sambal siranya. Lain orang lain caranya nak hasilkan sambal sira ni. Namun, yang saya kongsikan di bawah ni adalah macam mana Cik Puan Angah Norsiah ni buat.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10 tangkai lada kering
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak masak
- Gula merah
- Gula pasir
- Garam
- Sedikit sos cili
CARA PENYEDIAAN SAMBAL POPIA :
▶ Mula-mula rebus cili kering sehingga lembut. Kemudian kisar sampai hancur bersama dengan bawang merah dan bawang putih.
▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik minyak. Dah pecah minyak, masukkan gula merah, gula pasir, garam dan juga sos cili. Masak sampai sebati.
▶ Masukkan popia yang dah siap goreng tadi dan gaulkan sekata.
▶ Sebagai hiasan, tabur dengan kacang tanah, ataupun daun sup.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Rempah Ikan Bakar Terengganu. Simple Nak Buat Tapi Rasa Memang Sedap!
Bila buat popia goreng sambal ni kan, sedap dimakan ketika masih suam. Dan paling best, tak risau popia jadi lemau. Walaupun sudah sejuk, ia tetap rangup dimakan.
Tip untuk bagi popia kita garing jangan goreng terlalu lama dalam minyak yang panas. Pastikan sentiasa balik-balikkan atau siram dengan minyak panas supaya popia kita masak cepat dan sempurna.
Semakin lama popia dalam minyak, semakin dia serap minyak dan berpotensi untuk menjadikan popia kita cepat lemau. Follow je resepi popia goreng di atas ni untuk dapatkan hasil yang terbaik!