Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Sambal Belado Bilis, Kentang, Tempe Dan Terung. Makan Ratah Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!
Wow! Sedapnya kalau dapat makan sambal belado bilis, kentang, tempe dan terung. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Nak makan ratah macam tu pun dah sedap. Nama pun belado, resepi ni guna banyak cili ye.
Resepi ni tak menggunakan bahan yang banyak pun. Cuma perlu beberapa je bahan masakan. Tapi wajib sediakan bahan utamanya iaitu ikan bilis, kentang, terung dan tempe. Takde bahan ni, tak jadi sambal belado kita nanti.
Sambal ni tak menggunakan semua cili api merah. Korang boleh campur dengan cili besar. Kalau letak 100% cili api, naye juga nak makan nanti. Tak boleh nak telan weh! Lagi-lagi korang yang tak tahan rasa pedas berapi.
Guna cili besar ni boleh cantikkan lagi warna sambal. Dałam masa yang sama, sambal belado tak rasa pedas sangat. Korang boleh adjust kuantiti cili besar dan cili api ikut citarasa masing-masing. Takde sukatan untuk resepi ni.
Resepi sambal belado bilis, kentang, tempe dan kentang ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Siti Nornaim Keng melalui laman Facebooknya. Sangat simple, mudah dan semestinya sedap. Korang kena cuba resepi ni kat rumah.
RESEPI SAMBAL BELADO BILIS, KENTANG, TEMPE DAN TERUNG
Lauk ni sesuai dihidang untuk makan tengahari dan malam. Boleh lawankan dengan ikan goreng atau ayam goreng. Fuh! Sedap giler weh. Patutlah resepi ni viral kat Facebook. Jom tengok bahan-bahan meemasak kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan bilis
- Kentang (potong dadu)
- Terung (potong memanjang)
- Tempe
* Semua bahan goreng tak perlu letak kunyit.
Bahan kisar guna chopper :
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili api merah
- Cili besar
- Belacan
Bahan lain :
- Bawang holand (dihiris besar)
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BELADO BILIS, KENTANG DAN TERUNG :
▶️ Tumis bahan kisar sampai garing.
▶️ Masuk garam + gula + bawang Holland
▶️ Last sekali masukkan bahan yang dah di goreng tadi.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Tips Dan Cara Mencuci Sotong Yang Betul Sebelum Masak. Hasilnya Sotong Jadi Pejal Dan Tak Berair Bila Di Masak. Sedap!
Untuk bahan kisar, korang tak perlu kisar bahan menggunakan blander. Untuk dapatkan tekstur yang cantik, korang boleh kisar cili dan beberapa bahan yang lain menggunakan chopper sahaja. Kalau blander, bahan akan hancur.
Orang dulu-dulu, tumbuk kasar je. Tak sesuai guna blander. Takut tekstur cili tu hancur. Tak jadi pula sambal belado kita nanti. Pastikan bahan ikan bilis, kentang dan tempe garing ye. Barulah syok nak makan nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Nornaim Keng kerana sudi berkonsgi resepi sambal belado bilis, kentang, tempe dan terung ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!