Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Anak-Anak Memang Suka Makan Mac And Cheese. Rasa Berkrim Lemak Merdu Gituh. Sedap Yakmat!
Dah lama tak makan diluarkan? Anak-anak pula memang suka makan mac and cheese. Ibu-ibu pula mesti tercari-cari resepinya. Jom kita follow resepi mac and cheese disini. Hanya guna 4 bahan sahaja. Hasilnya memang marvellous!
Resepi mac and cheese atau juga dikenali sebagai hidangan yang menggabungkan antara macaroni dan cheese ini merupakan hidangan ala barat yang ramai penggemarnya. Terutama pada mereka yang sukakan cheese.
Sesuai juga dijadikan hidangan makan malam anda bersama anak-anak. Untuk mengubat hati anak-anak yang terkurung dirumah, apa kata ibu-ibu menyediakan meraka hidangan mac and cheese ini secara homemade. Anak-anak pasti gembira!
Macaroni juga sejenis pasta kering seperti spaghetti. Ianya boleh dimasak dengan pelbagai cara yang anda suka termasuklah resepi mac and cheese. Cik Puan Umi Watie telah berkongsi cara paling mudah menyediakan mac and cheese untuk anda ikuti.
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini buat semua pengguna facebook. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu ibu-ibu diluar sana untuk menyediakannya secara homemade.
RESEPI MAC AND CHEESE
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan memasak mac and cheese ini. Semua sukatan cuma menggunakan cawan sahaja. Untuk penggunaan daun parley pula adalah optional. Hanyalah sebagai hiasan semata.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan macaroni
- 2 cawan susu fresh cream
- 1 cawan serbuk cheese
- 4 keping keju
Bahan Hiasan :
- 1 sdb daun parley (Optional)
CARA PENYEDIAAN MAC AND CHEESE :
▶️ Basuh bersih macaroni.
▶️ Dalam periuk, masukkan susu fresh cream dan macaroni yang dah siap dibasuh.
▶️ Masukkan 1/2 cawan air kosong. Kemudian hidupkan api.
▶️ Rebus semua bahan tadi. Kalau nampak berbuih, jangan risau biarkan je. Api jangan terlalu besar. Rebus macaroni sampai lembut.
▶️ Bila macaroni dah masak elok. Pastikan susu jangan sampai kering. Slowkan api. Pastikan susu dalam masakan masih ada dalam sukatan 1 cawan macam tu.
▶️ Masukkan secawan serbuk cheese. Kacau rata serbuk cheese tadi.
▶️ Masukkan pula 4 keping cheese. Kacau lagi biar cheese cair dan sekata. Masa ini boleh matikan api. Sebab periuk masih panas.
▶️ Taburkan daun parsley untuk hiasan. tak letak pun takpe.
▶️ Siap dihidang untuk anak-anak!
BACA JUGA: Jom Sarapan Dengan Kuih Kaswi Gula Merah. Kuih Lagend Yang Tak Pernah Jemu Dimakan!
Mudahkan! Kalau nak pedas boleh taburkan chilies flake. Lagi sedap! Tapi untuk anak-anak boleh taburkan sedikit sahaja. Untuk serbuk cheese boleh beli kat kedai bakery. Boleh tanya dibakaunter kalau ada ‘wedges cheese powder’.
Tengah masak, anak-anak mesti tanya “bila nak siap ni ibu? ” Dalam kuali lagi dah teruja anak-anak kita. Mereka pasti tak sabar nak makan. Dari gambar pun dah cukup menyelerakan, apatah lagi bila dicuba. Confirm sekejap je habis!
Selain daripada mudah, cepat dan enak, resepi ini juga cukup mengenyangkan. Yang nak diet boleh makan sikt je sebab resepi ni ber ‘cheese’. Hilang pula diet tu nanti. Semoga resepi mac and cheese ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!