Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai Orang Minang. Memang Sedap Sangat. Rugi Kalau tak Cuba!
Mesti korang dapat banyak daging korban kan? Kalau dah tak tahu nak masak apa, baik korang try masak lemak cili api daging salai orang minang ni. Sedap sangat! Yang suka makan pedas, wajib try. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya! Tak guna daging salai pun takpe.
Actually resepi ni kena gunakan daging salai. Tapi kalau dah stok daging korban banyak lagi, tak salah kalau nak gunakan daging tu masak lemak cili api salai ni. Yang penting korang follow je tips yang ada kat sini. Kebanyakkan masakan minang ada yang gunakan daun limau purut. Tapi kat sini kita gunakan asam keping.
Resepi ni tak memerlukan bahan memasak yang banyak dan sangat mudah cara penyediaannya. Cuma berbeza sedikit step-step memasaknya kalau menggunakan daging biasa. Daging biasa perlu di masukkan awal semasa menumis. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan air daging supaya daging lembut di makan.
Kalau menggunakan daging salai pula, korang perlu masukkan daging akhir sekali. Ini kerana daging salai dah masak dan lembut. Jika masuk awal nanti daging akan hancur dan tak sedap di makan. Tips-tips ni korang kena ikut untuk dapatkan masak lemak cili api daging salai yang sedap.
Resepi ni telah di kongsikan oleh Encik Roslan Rusly melalui laman Facebooknya. Menurutnya, resepi ni merupakan masakan minang kegemaran arwah abah tirinya. Yang memang pior orang awak Bukit Tinggi. Juga di kenali sebagai asli orang minang. Wah! Memang rugi tak cuba. Resepi orginal orang minang tu!
RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI DAGING SALAI ORANG MINANG
Resepi dah ada, korang hanya perlu ikut sebijik-sebijik je cara penyediaannya. So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam resepi yang menarik hari ni. Kalau takde daging salai, guna daging biasa pun boleh ye.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Bawang besar (dikisar)
- Kunyit (dikisar)
- Cili api (dikisar)
- Daun kunyit
- Serai
- Santan
- Asam keping
- Daging
- Kentang
- Minyak
- Air
- Garam
CARA MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI ORANG MINANG :
▶️ Yang ni antara bahan yang perlu dikisar.
▶️ Dan yang ni pula kita punya hero of the day. Smoke beef orang minang kata, UK kata daging salai.
▶️ Siap bahan kisar. Kalau nak tumbuk pun boleh. Tapi lagi mudah kisar.
▶️ Bila dah sedia semua bahan. Panaskan minyak dan masak bahan kisar.
▶️ Masukkan pula daun kunyit, serai dan asam keping. Masak sampai pecah minyak.
▶️ Tapi kalau tak nak daging salai, ada daging biasa. Time menumis ni korang masukkan daging dan gaul sekali biar keluar air daging tu dan daging jadi lembut.
▶️ Dah pecah minyak, masukkan kentang. Gaul sekali dalam 5 minit.
▶️ Masukkan pula air dan biar hingga didih.
▶️ Dah didih, masukkan santan dan biarkan santan masak dan mendidih.
▶️ Akhir sekali, masukkan daging salai. Kenapa daging masuk akhir? Sebab daging salai dah masak dan lembut. Jika masuk awal nanti hancur. Perasakan dengan garam untuk keseimbangan.
▶️ Haaa siap dah gulai lemak cili api daging salai.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kek English Madeleines Yang Lembut Dan Sedap. Macam Span Je Teksturnya. Anak-Anak Pun Suka!
Dah siap! Bolehlah hidang dengan nasi putih nanti. Kena follow style memasak cara ni. Kalau tumis bahan kisar dulu. Rasa masakan korang memang padu. Style ni juga adalah style memasak mak kepada Encik Roslan Rusly. Hasil masak lemak cili padi daging salai ni memang aummm! Boleh terangkat dibuatnya!
Untuk pengetahuan Encik Roslan Rusly seorang yang gemar berkongsi resepi masakan di wall Facebooknya. Semua nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Kalau ada kesempatan kita akan cuba resepi lain lagi. Kalau tengok gambar masak lemak cili api ni memang terliur dibuatnya. Esok hujung minggu boleh sangat masak kat rumah.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Roslan Rusly kerana sudi berkongsi resepi masak lemak cili api daging salai orang minang ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!