Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Brownies Cookies Yang Rangup Dan Sedap. Resepi Rahsia Untuk Buat Jualan!

0 8,985

Sebelum ni bila sebut brownies terbayang kek yang berperisa coklat, yang sedap tu. Tapi dia bukanlah sejenis kek. Tapi sekarang ni, dah ada jenis cookies pulak tau yang dinamakan sebagai brownies cookies!

Sekali rasa, confirm akan rasa suka dengan brownies cookies ni. Tak kira baik yang anak- anak atau dewasa semuanya akan suka.

Selain nak buat makan saja- saja, brownies cookies ni pun sesuai untuk dibuat untuk makanan ringan ketika event atau majlis kecil- kecilan.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Dian Nurfarah ni kelihatan mudah nak buat, dan nampak sedap je bila dah siap. Jom saya kongsikan cara nak buat brownies cookies yang sedap ni.

 

RESEPI BROWNIES COOKIES

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • 260 gram Beryl’s chocolate Dark (coin)
  • 100 gram Butter cup
  • 100 gram tepung gandum
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 144 gram gula kastor / gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanila / 1 penutup
  • Secubit Garam
  • Badam dicincang (terpulang pada kita nak masukkan apa)

CARA PENYEDIAAN BROWNIES COOKIES :

▶ Mula- mula satukan buttercup bersama  dengan beryl’s chocolate. Boilkan hingga coklat dan butter tadi cair dan larut bersama.

▶ Masukkan 2 biji telur, gula kastor, esen vanilla dan garam dalam bekas besar. Kemudian pukul hingga semua bahan larut dan sebati.

▶ Seterusnya, masukkan coklat yang dicairkan tadi ke dalam campuran tadi. Gaul dan kacau hingga semua bahan sebati semuanya.

▶ Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacaukan lagi.

▶ Akhir sekali, bila semua adunan dah sebati, masukkan dalam piping bag.

▶ Siapkan acuan. Gunting bahagian muncung piping bag. Jangan terlampau besar dan jangan terlalu kecik sangat tau.

▶ Pipingkan adunan ke dalam acuan dan taburkan badam cincang ke atasnya.

▶ Panaskan oven dengan suhu 160 – 170 darjah Celsius selama 10 minit.

▶ Dah bakar, sejukkan sekejap dan boleh simpan dalam balang.

BACA JUGA: Kurangkan Satu Bahan Ni Dalam Adunan Tak Sangka Kek Ternado Viral Boleh Jadi Moist Sangat. Nak Kukus Boleh Bakar Pun Sedap!

Mudah je kan nak buat brownies cookies ni? Serious kalau dapat makan cookies ni, memang boleh lupa orang kiri kanan. Makan depan tv pegang balang satu sorang.

Yang mana baru je tahu resepi ni dan nak buat untuk anak- anak, boleh lah cuba buat. InsyaAllah pasti mereka akan suka. Jarang kan anak-anak tak makan cookies. Lebih -lebih lagi coklat pulak tu.

Oh ya! Nak gunakan resepi ini nak buat untuk jualan pun boleh, tak ada masalah. Ada yang berjaya dapatkan income dengan buat jualan brownies cookies ni.

Sebelum nak buat, jangan lupa kongsikan dulu di laman facebook dulu supaya mudah anda nak follow.

Kepada yang baru nak cuba buat, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open