Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Fettucine Alfredo Lemak Berkrim. Penggemar Cheese Mesti Suka!

Fettucine alfredo
0 7,900

Kalau sebut nak makan pasta, biasa makan spaghetti sahaja. tak pernah cuba yang lain. Tapi sesekali boleh cuba buat resepi Fettucine Alfredo ni. Confirm makan bertambah pinggan!

Boleh je nak gantikan menggunakan spaghetti kalau dah biasa makan spaghetti sahaja. Cuma nak merasa pasta yang lain tu waktu ni lah kan. Ada juga spiral, macaroni dan pelagai lagi yang boleh kita cuba.

Tapi, perkongsian kali ni saya nak share guna pasta jenis fettucine dan ini merupakan resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Mila Sahak. Tengok gambar pun dah berselera inikan pula kalau dah ada depan mata nanti.

Fettucine Alfredo ni, makanan yang memang disukai oleh anak-anak. Dengan rasa tak pedas, berlemak-lemak dan bagi penggemar cheese memang heaven sangat lah. Memang bloleh buat gaduh kalau dapat makan sikit je.

Bagi yang suka makan pedas, bolehlah tambah cili flake atau masak sekali dengan cili padi untuk rasa pedas-pedas sikit. Follow resepi ni confirm jadi.

 

RESEPI FETTUCINE ALFREDO

Selain masakan ni, ada juga yang menggunakan pasta jenis fettucine ni untuk oglio menggantikan spaghetti. Bagi saya, kesemua jenis pasta yang ada sesuai sahaj dibuat dengan semua jenis masakan yang sesuai.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 200 gram fettucine ( rebus dan toskan )
  • 7 batang sosej ( hiris nipis )
  • 4 sudu butter
  • 5 biji cendawan portobello @ shitake ( hiris )
  • 1 sudu kecil basil
  • 5 ulas bawang putih ( cincang )
  • 10 gram daun parsley ( boleh guna Italian parsley)
  • 250 ml ship cream
  • 250 gram parmesan cheese ( diparut )
  • 1 sudu besar olive oil/ minyak masak
  • Garam
  • 2 cawan air

CARA PENYEDIAAN FETTUCINE ALFREDO :

▶ Mula-mula sekali, panaskan kuali dan cairkan butter. Masukkan cendawan dan goreng cendawan dalam 1-2 minit.

▶ Agak2 layu sikit. Mauskkan bawang putih. Gaul rata sampai naik bau. Tambahkan sedikit sedikit.

▶ Bila bawang dah layu, masukkan sosej dan 1 sudu butter lagi. Dah masak semuanya. Ketikan seketika.

▶ Panaskan 2 sudu butter, masukkan whip krim dan air. Kacau sekata semua bahan dan masukkan 1 sudu garam.

▶ Pastikan semua bahan larut, kemudian masukkan parmesan cheese. Gunakan api yang perlahan sahaja. Kacau supaya tidak berketul.

▶ Seterusnya, masukkan bahan yang dimasak awal tadi. gaulkan sekata.

▶ Taburkan basil dan daun parsley. Gaul rata.

▶ Akhir sekali, masukkan fettucine yang sudah direbus. Gaul sampai sekata semua bahan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Cheese Tart Padat Dengan Inti Dan Shell Yang Rangup. Memang Marvellous!

 

Bila panas-panas dimakan, rasa macam mac and cheese tau. Taburkan sikit chili flake supaya ada rasa pedas. Serious memang padu! Kalau tak percaya, boleh cuba dulu.

Nak makan fettucine alfredo ni sesuai dihidangkan untuk makan malam menggantikan nasi kebiasaannya. Tapi kita nak makan bila-bila adalah terpulang sebab ada yang buat dan makan waktu berkelah bersama keluarga besar.

Mudah je kan nak buat fettucine alfredo ni. Dah lah nak buat senang, rasa pun marvellous. Andai kata perkongsian ini memberikan manfaat kepada korang, boleh lah kongsikan dekat wall masing-masing supaya lebih ramai dapat manfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open