Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuey Teow Kungfu Yang Penuh Dengan Lauk Dan Sedap. Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!
Siapa peminat kuey teow kungfu kat sini? Kalau makan dekat kedai, rasa sikit je. Tak puas nak makan. Ayam dan seafoodnya letak secoet je kan. Apa kata korang follow resepi kuey teow kungfu yang penuh dengan lauk ni kat sini. Confirm tak cukup sepinggan dibuatnya!
Kalau masak sendiri, semua rasa kita boleh suaikan dengan tekak. Nak letak lauk banyak mana pun boleh. Barulah rasa puas nak makan nanti kan. Kalau makan kat kedai boleh gantung jugak. Tak puas rasanya nak makan.
Kuey teow kungfu ni antara yang paling ramai penggemarnya! Makan panas-panas dengan perahan limau pun sedap sangat. Rasa masam-masam sikit. Tapi, lain orang lain juga cara nak makan kuey teow kungfu. Ada juga yang makan macam tu je.
Kuey teow kungfu ni mudah je nak buat. Korang kena sediakan dulu kuah sos, barulah goreng kuey teow dengan telur. Ada yang suka goreng garing macam telur dadar, ada juga yang suka asal goreng. Bila curah kuah panas tu, fuhh memang terus rasa tak sabar nak makan.
Kuey teow kungfu ni memang mengenyangkan. Apa kata korang follow resepi kuey teow kungfu yang di kongsikan oleh Cik Puan Nur Khalida Khalid ni. Korang ikut je sebijik-sebijik, confirm menjadi! Lagi sedap dari makan kat kedai ye. Rugi tak cuba!
RESEPI KUEY TEOW KUNGFU
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Make sure korang beli seafood yang fresh ye, barulah rasa nikmat nak makan nanti. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- Ayam
- Udang
- Sotong
Bahan B :
- Sayur pakchoy
- Baby corn
- Cauliflower
- Carrot
- Tomato
Bahan perasa :
- Bawang putih
- Sos tiram
- Kiub ayam
- Lada sulah
- Tepung jagung
Bahan untuk goreng kuey teow :
- 3 biji telur
- Sedikit lada sulah
- Kuey teow
CARA PENYEDIAAN KUEY TEOW KUNGFU :
Cara penyediaan kuah kuey teow kungfu :
▶️ Tumiskan bawang putih yang telah dicincang.
▶️ Masukkan sos tiram.
▶️ Masukkan pula, kiub ayam.
▶️ Diikuti dengan air. Ikut nak banyak mana.
▶️ Masukkan ayam, carrot, baby corn.
▶️ Masukkan pula udang, sotong, cauliflower dan pakchoy.
▶️ Kemudian, tunggu sampai mendidih.
▶️ Bila dah mendidih, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air.
▶️ Jangan lupa pula perasakan dengan garam, perisa dan lada sulah. Siap!
Cara penyediaan kuey teow :
▶️ Pecahkan 3 bijik telur, letak sedikit lada sulah.
▶️ Pukul telur dan gaulkan dengan kuey teow.
▶️ Kemudian, goreng macam nak buat telur dadar tu. Tapi, minyak banyak sikit.
▶️ Kalau buat garing-garing lagi sedap.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Talapia Garing Bersos Limau Style Cambodia. Sedap, Sampai Menghirup Pinggan Dibuatnya!
Kuah kuey teow kungfu pun dah siap. Curah je atas kuey teow yang korang goreng tadi. Makan panas-panas tak terkata enaknya! Korang boleh perahkan limau kalau suka makan kuah yang rasa masam sikit.
Patutlah resepi ni viral 4k share kat facebook. Tengok gambar je pun dah telan liur dibuatnya. Banyak juga resepi menarik yang Cik Puan Nur Khalida Khalid kongsikan di wall Facebook milik beliau. Korang boleh ushaa resepi kat situ nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kuey teow kungfu yang penuh dengan lauk dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!