Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Tornado Homemade Yang Creamy Dan Buat Ketagih. Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

0 163

Kek tornado homemade guys! Nampak kek ni memang meleleh air liur dibuatnya. Tengok la bertapa berkrimnya kek ni. Makan sejuk-sejuk masuk tekak memang sedap. Nah, ni dia resepi kek tornado homemade yang pernah viral. Mudah sangat nak buatnya!

Kek ni memang sedap! Kat luar boleh tahan mahal jugak harganya. Lebih berbaloi buat sendiri kalau nak makan ramai-ramai kat rumah. Boleh dibakar, boleh jugak nak kukus kek ni. Terpulang ikut citarasa masing-masing.

Cuti-cuti macam ni mesti korang ada banyak masa kat rumah ni. Nak beli jiwa anak-anak time cuti macam ni, boleh la buat kek. Anak-anak tentu suka. Kek ni sesuai buat untuk makan sesaja, hidangan majlis dan dijadikan kek hari jadi ye.

Resepi kek tornado viral ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Rohani Ronnie melalui laman Facebooknya. Nampak sedap sangat dan berkrim. Korang yang suka kek gabungan cheese dan coklat kena try la resepi ni kat rumah.

Letak kat bekas-bekas kecik je, senang nak makan nanti. Pelik kan nama kek ni. Tak tau pulak kenapa nama dia tornado. Beli kat luar kek ni mesti manis kaw-kaw. Boleh adjust manis kek kalau kita buat sendiri. Takde la muak makan nanti.

RESEPI KEK TORNADO HOMEMADE

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek tornado viral ni. Boleh la buat hujung minggu ni. Kan dah nak masuk tahun baru. Sambut jom! Tengok bahan-bahan dan step penyediaanya di bawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan minyak
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko@coklat, milo
  • 1/4 cawan air panas

 

Bahan untuk cream cheese :
  • 250gm cream cheese
  • 60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
  • 3~4 sudu besar susu pekat (boleh kurangkan ikut kemanisan memasing)

 

Bahan untuk coklat ganache :
  • 100ml whipping cream
  • 250gm milk compound
  • 2 sudu besar mentega/marjerin

CARA PENYEDIAAN KEK TORNADO HOMEMADE : 

▶️ Pukul telur, gula, esen vanilla pukul rata.

▶️ Masukkan minyak masak kacau biar sebati.

▶️ Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat.

▶️ Masukkan serbuk koko@coklat, milo.

▶️ Akhir sekali masukkan air panas kacau rata. Tuang dalam bekas yang digemari.

▶️ Bakar api atas bawah suhu 180°c selama 50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven masing-masing.

▶️ Kalau nak kukus boleh kukus 40~45 minit.

▶️ Keluarkan dari oven@kukusan biar sejuk.

Cara penyediaan cream cheese : 

▶️ Adun cream cheese sampai lembut.

▶️ Tambahkan susu pekat (tahap kemanisan yang korang suka)

▶️ Masukkan whipping cream dan adun sampai gebu dan ringan.

▶️ Kemudian tuang atas kek yg telah siap di bakar@kukus.

Cara penyediaan coklat ganache : 

▶️ Double boiler bahan kacau sampai sebati last sekali masukkan marjerin.

▶️ Curah atas kek yg sudah siap di bakar@kukus.

▶️ Taburkan coklat chip@coklat rice ikut citarasa memasing, siap!

BACA JUGA : Resepi Masak Ikan Stim Limau Yang Mudah Sangat Nak Buat. Menambah Nasi La Jawabnya!

 

Dah siap pun! Ha, ni dia tips untuk kek jadi gebu. Tak perlu pun guna mixer. Hanya perlu kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu. Dan rekomen korang guna tepung naik sendiri campur dengan bikarbonat untuk hasilkan kek yang lebih moist dan gebu.

Macam kek ais krim. Lepas je siap elok korang letak kek ni dalam peti semalaman. Baru la nikmat nak makan esoknya. Cuaca sekarang tak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Dapat kek manis sejuk macam ni time cuaca panas, memang sedap kan. Lega rasa tekak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rohani Ronnie kerana sudi berkongsi resepi kek tornado homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open