Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sotong Paprik Ala Thai Yang Garenti Sedap. Makan Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 148

Ada tak peminat sotong kat sini? Meh cuba resepi sotong paprik ala Thai ni. Confirm tak cari lauk lain lagi. Tengahari ni kalau dah tak tahu nak masak lauk apa sangat, cuba la lauk ni. Makan bertambah nasi la korang dibuatnya.

Tak semestinya nak kena makan paprik kat kedai. Kat rumah pun kita boleh masak. Nak tak nak je. Resepi sotong paprik pun dah ada. Versi Thai pulak tu. Jarang jumpa orang tak suka hidangan Thai kan. Masak sendiri lagi puas hati.

Wah, sehari je lagi kita nak sambut tahun baru 2024. Korang dah get ready mental korang untuk hadap cabaran 2024 ni. Yang mana nak diet sangat, boleh la berazam start malam ni. Makan nasi dalam kuantiti yang sikit, bukan tak makan terus.

Masak sotong paprik ala Thai ni boleh digantikan dengan isi ayam. Tak semua orang makan sotong kan. Nak lagi sedap campur je sayur kacang panjang dalam tu. So, tak perlu nak masak 2 ke 3 lauk bagai. Jimat masa, jimat tenaga.

Resepi sotong paprik ala Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Adiah Adam. Nampak simple dan sangat mudah masaknya. Dapat pulak sotong yang fresh, lagi nikmat nak makan lauk ni nanti.

RESEPI SOTONG PAPRIK ALA THAI 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sotong paprik ala Thai ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah. Jom masak lauk tengahari ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Sotong
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili kering kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Cili merah
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Cili padi
  • Putik jagung
  • Carrot
  • Kacang panjang
  • Bunga kubis
  • Garam
  • Gula
  • Minyak ikan (optional)

CARA PENYEDIAAPAPRIK ALA THAI : 

▶️ Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.

▶️ Masukkan cili kisar diikuti serai. Kemudian, masukkan sos 3 bradik (cili/tomato/ tiram).

▶️ Masukkan sotong. Kacau rata hingga mendidih. Masukkan gula, garam, sedikit serbuk perasa dan daun limau.

▶️ Masukkan sos ikan, cili padi dan sayur. Masak hingga sayur empuk. Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air.

▶️ Tutup api dan hidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Tornado Homemade Yang Creamy Dan Buat Ketagih. Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

 

Wah! Sedapnya sotong paprik ni. Layan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar pun dah cukup nikmat weh. Terangkat dibuatnya! Sure korang tak cari lauk lain lagi. Lagi sedap masak sendiri dari makan kat luar tau. Jimat pun jimat!

Untuk korang yang teringin sangat makan paprik ala Thai, follow resepi ni. Masak je kat rumah. Bahan campak-campak masuk kuali dah siap. Tak renyah mana pun nak buatnya. Cuma nak masak paprik ni agak banyak jugak bahan yang kita gunakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Adiah Adam kerana sudi berkongsi resepi sotong paprik ala Thai yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open