Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Dengan Nasi Planta. Menu Hujung Minggu Santapan Keluarga!

0 3,714

Hujung minggu selalunya kita mestilah nak makan yang special sikit kan. Semua ada dekat rumah jadi boleh rasa menu menarik sikit. Kadang-kadang ada yang suka buat nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak.

Tapi kali ini, jom kita cuba nasi planta dengan ayam bakar ala Kenny rogers. Fuuh! Serious memang sedap dan semua kena cuba buat. Follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Aisya ni insyaAllah jadi!

Bagusnya resepi ni sebab setiap bahan yang digunakan mudah nak dapat, memang ada je dekat rumah kita dan nak masak pun simple.  Jom saya kongsikan.

 

RESEPI AYAM BAKAR KENNY ROGERS DENGAN NASI PLANTA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor Ayam / whole leg 4
  • 1 biji kentang (rebus bersama ayam)

 

BAHAN KISAR :

  • 1 biji Bawang holland
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1½ inci Halia
  • Lada hitam
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram
  • 1 pcs Kiub pati ayam

 

Sayur-sayur untuk dibakar bersama ayam :

  • Brocoli
  • Carrot
  • Kentang
  • Bawang holland
  • Shitake mushroom

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR :

▶ Mula-mula panaskan kuali. Terus masukkan bahan kisar. Masak sehingga naik bau. Tak perlu letak minyak tau.

▶ Sebab saya terlupa nak masukkan kiub pati ayam masa blend, jadi masukkan dalam kuali. Agak-agak nak tambah sos tiram ke, boleh tambah sekali. Kacau sampai sekata

▶ Masukkan ayam seekor terus dalam kuali. Jadi, sebaiknya gunakan ayam yang kecil sikit ye.

▶ Seterusnya, masukkan ubi kentang untuk rebus bersama ayam.

▶ Masak sehingga ayam masak, kentang empuk dan kuah pekat. Jadi nak makan pun tak risau.

▶ Sekarang, boleh panaskan oven untuk kita bakar pula ayam ni.

▶ Keluarkan ayam sekejap, tinggalkan kuah sahaja dalam kuali. Kentang yang direbus bersama ayam tadi, kisar halus dan tuang dalam kuali.

▶ Masak sekejap sambal gaul sekata. Kuah akan nampak lemak-lemak dan creamy

▶ Letak ayam dalam tray. Susun sayur yang kita nak makan.

▶ Sebelum masuk ke dalam oven. Letak sedikit butter atas ayam. Kemudian, bakar dengan suhu 200 darjah Celsius selama 60 minit. 15 minit pertama api atas bawah. Bakinya api atas sahaja.

▶ Yeaay! Dah siap dibakar dan sedia dihidangkan bersama nasi planta.

Haa, jom kita buat nasi planta pulak. Senang jee tapi rasa dia sedaap nau. Macam nasi ayam dekat KFC tuu…

RESEPI NASI PLANTA

 

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Beras
  • Planta
  • Halia hiris
  • Bwng besar hiris

BACA JUGA: Pelbagai Masakan Ikan Kembung Yang Lazat. Resepi Warisan Turun Temurun Yang Wajib Korang Cuba!

CARA PENYEDIAAN NASI PLANTA :

▶ Mula-mula, cairkan planta tumis bawang besar dan halia.. Tumis sampai layu je.

▶ Kemudian masukkan beras.. Garam sedikit dan gula sedikit.. Bagi rasa balance.

▶ Sukat air macam yang biasa kita masak. Dan masak macam biasa di rice cooker.

▶ Tunggu sehingga nnasi kering dan masak.

Waah! Saya pula rasa tak sabar nak makan bila tengok ayam bakar ala Kenny rogers ni. Ni kalau masak, ayam dia mesti satu rumah bau sedap. Untuk orang diet pun sesuai nak makan lauk macam ni tanpa perlu makan nasi.

Bolehlah cuba buat untuk hujung minggu nanti kan. Mesti semua orang suka sebab boleh makan ayam banyak dan rasa ayam tu pun juicy je. Lembut sebab dah rebus dulu.

Kepada yang nak buat nanti, boleh lah share kan dulu di wall facebook anda semua ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open