Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Mudah. Boleh Buat Anda Menjilat Jari. Memang Sedap!
Sebut sahaja resepi asam pedas ikan pari, siapa yang tak gemar pada hidangan ini kan. Ikan Pari memang sangat sedap bila dimasak asam pedas. Ikan pari mempunyai isi yang sangat lembut dan menyebabkan ianya disukai ramai.
Penyediaan asam pedas ikan pari ini sangatlah mudah. Ianya juga merupakan hidangan yang sangat menyelerakan. Semua orang tahu bahawa asam pedas merupakan hidangan yang popular di negeri Melaka dan juga Johor.
Asam pedas setiap negeri adalah berbeza. Begitu juga resepi asam pedas di beberapa kawasan di negeri Melaka dan juga Johor. Resepinya berbeza mengikut citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi hidangan ini. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan juga tekstur.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Farhana Ismail kerana sudi berkongsi resepi asam pedas ikan pari versi beliau sendiri. Yang nak cuba kelainan dalam resepi ini bolehlah mencubanya.
Ikan pari yang dimasak perlu dibasuh bersih menggunakan pati asam jawa dan garam untuk menghilangkan bau hanyir. Seperti yang kita tahu, resepi asam pedas ikan pari ini bukan sahaja boleh dibuat dirumah, ianya juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI
Hidangan ini juga sesuai dan sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Nak tahu semudah mana hidangan ini, jom follow cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Ikan pari
- Bunga Kantan
- Daun Kesum
- Tomato
Bahan kisar :
- 2 biji Bawang besar
- 5 ulas Bawang putih
- Belacan
- halia
- Lengkuas
- 2 batang Serai dititik
- 5 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh lebihkan)
- Air Asam Jawa
- Garam n gula
CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN PARI
▶️ Panaskan minyak tumis bahan kisar dan cili kisar. Masukkan serai yang dititik dan dan tumis sampai pecah minyak.
▶️ Tambah air asam jawa. Tambah air ikut kepekatan yang kita nak.
▶️ Biarkan mendidih. Kemudian, masukkan ikan, daun kesum, dan juga bunga kantan kalau ada.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa dah cukup elok, masukkan tomato dan tutup api.
BACA JUGA: ‘Breakfast Dip’ Menu Yang Simple Dan Sedap. Anak-Anak Pasti Suka!
Siap untuk dihidang! Asam pedas ikan pari ni nak makan bersama bendi pun boleh sangat. Lagi berselera dibuatnya. Ditambah pula dengan telur dadar, confirm terangkat! Yang gemar makan asam pedas memang wajib cuba resepi ni.
Penggunaan asam jawa dalam masakan ini juga berbeza mengikut negeri. Di negeri selatan Malaysia mereka menggunakan asam jawa yang pekat, manakala dibahagian utara Malaysia pula mereka lebih biasa menggunakan asam keping.
Jadi, jika anda nak cuba resepi asam pedas ikan pari versi Cik Puan Farhana Ismail ini. Bolehlah follow sebijik-sebijik cara penyediaanya. Confirm menjadi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!