Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mi Kicap Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Rugi Sangat Kalau Tak Cuba!

0 190

Tak semua kedai menjual mi kicap atau lebih di kenali sebagai mi wantan ni. Tapi korang tak perlu risau, korang masak je sendiri kat rumah. Follow je resepi mi kicap homemade ni kat sini. Simple dan semestinya sedap. Makan sepinggan pun dan kenyang.

Mi kicap ni akan di masak menggunakan yee mee. Direbus terlebih dahulu bersama sayur, kemudian di toskan dan ketepikan. Seterusnya, bila dah siap mee dan sayur yang direbus. Korang boleh sediakan kuah kicap. Kuah kicap ni akan di masak menggunakan beberapa bahan seperti kicap pekat, kicap manis dan macam-macam lagi.

Dalam masa yang sama, korang boleh perap isi ayam sebelum di grill. Bila dah siap semuanya, barulah korang hidang yee mee, ayam grill dan sayur dalam satu pinggan. Hias pula dengan daun bawang dan cili potong. Makan dengan cili potong barulah syok kan. Rasa pedas-pedas gitu!

Ada tak penggemar mi kicap kat sini? Apa kata malam ni kita buat menu simple mi kicap untuk makan malam. Memang kenyang. Makan panas-panas lagi sedap! Cara penyediaannya pun sangatlah mudah. Follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Shamsila Abd Rahim ni. Confirm menjadi!

Baru je beliau post resepi ni kat Facebook. Dah ramai orang share. Sampai hari ni resepi ni dah dapat 2.4k share di Facebook. Ramainya yang suka dan nak cuba buat sendiri kat rumah. Korang yang suka makan mi kicap ni pun wajib cuba. Confirm nak ketagih dan nak lagi!

 

RESEPI MI KICAP HOMEMADE 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan mi kicap ni. Tak guna bahan memasak yang banyak pun. Nak tahu step by step, korang tengok kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Yee mee
  • Bawang putih (ditumbuk/cincang)
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Tepung jagung
  • Sayur sawi pak choy
  • Carrot

 

CARA PENYEDIAAN MI KICAP HOMEMADE :

▶️ Mula-mula rendam dulu yee mee, sayur sawi dan carrot beberapa minit dengan air panas.

▶️ Kemudian, perap ayam dengan sos tiram, kicap dan lada sulah sebelum di grill.

▶️ Seterusnya, goreng daun bawang dan cili sebagai hiasan.

▶️ Nak buat sos kicap tu, korang tumis dulu bawang putih sampai sedikit keperangan.

▶️ Masukkan pula sos tiram dan kicap pekat.

▶️ Kemudian, masukkan kicap manis.

▶️ Diikuti dengan minyak bijan.

▶️ Masukkan pula air dan tepung jagung yang di bancuh dengan air. Tujuannya penggunaan tepung jagung adalah untuk pekatkan kuah.

▶️ Masukkan lada sulah dan gaul rata kuah kicap.

▶️ Siap kuah dan curah atas yee mee yang di rebus tadi. Kemudian gaul rata.

▶️ Seterusnya, grill ayam yang diperap tadi sehingga masak.

▶️ Bila dah siap semuanya, curahkan kuah atas yee mee dan hidang bersama sayur & ayam yang dah di grill tadi.

 

BACA JUGA : Cara Buat Jajan Ala-Ala Twisties Untuk Anak-Anak. Buat Sendiri Stok Jajan Lagi Jimat!

 

Siap untuk dihidang! Mudah je kan cara nak buat mi kicap ni. Kebanyakan bahan memasak yang digunakan dalam penyediaan mi kicap ni menggunakan bahan yang dah sedia ada kat dapur. Contoh kicap pekat, kicap manis, bijan, sos tiram dan bawang putih. Bahan lain mungkin korang kena beli.

Untuk pengetahuan semua, Cik Puan Shamsila Abd Rahim memang gemar berkongsi macam-macam resepi di wall Facebooknya. Semua nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Next time kita boleh cuba resepi miang pla pao pula. Mesti korang nak tahu macam mana nak buat resepi ni kan. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Shamsila Abd Rahim kerana sudi berkongsi resepi mi kicap homemade yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open