Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Aiskrim Homemade Yang Sedap. Sekali Buat Terus Je Menjadi Memang Sedap!

0 4,167

Kalau dah sebut aiskrim, bukan budak-budak je kita yang dewasa pun suka makan aiskrim. Lebih-lebih lagi dapat makan waktu tengah matahari tegak atas kepala. Masukkan aiskrim dalam mulut. Fuuh! Sedapnya tu ya ampun.

Tapi sekarang ni tak perlu nak beli lagi dah. Boleh je buat sendiri follow resepi-resepi yang saya kongsikan ni. Nak buat dia mudah je, dan rasa pun sedap!

 

AISKRIM BISKUT OREO

Siapa yang suka makan oreo mesti suka makan aiskrim ni. Memang bila digigit tu rasa oreo yang sedap. Kalau buat aiskrim ni, biarkan beku dalam semalaman dulu baru boleh makan.

Kalau nak buat untuk jualan pun boleh guna resepi yang saya kongsikan ni. Bolehlah tambah side income disamping belajar buat resepi asikrim baru.

RESEPI AISKRIM BISKUT OREO

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 tin susu pekat
  • 1 kotak whipping cream
  • 250 ml susu segar
  • 8 keping biskut oreo

 

CARA PERNYEDIAAN AISKRIM BISKUT OREO :

▶  Mula-mula sekali, masukkan dalam blender susu pekat, whipping cream, susu segar dan biskut oreo. Kisar sampai sebati.

▶  Isikan ke dalam plastik aiskrim dan simpulkan dengan kemas.

▶  Sejukkan dalam freezer lebih kurang 6 jam atau semalaman.

▶  Adunan ni boleh dapat dalam 10 batang aiskrim

Resepi dan gambar dari Lubuk Resepi Viral.

 

AISKRIM MILO HOMEMADE

Siapa yang boleh tolak kalau diberi asikrim milo ni kan. Kalau dekat Petronas tu, ambik aiskrim milo cup tu. Sedapnya! Makan tengah panas memang cepat je habis.

Daripada kerap beli, jom kita belajar buat sendiri. Best sikit boleh makan banyak dan anak-anak pun suka makan aiskrim ni yang dikongsikan D’jara Twin ni.

RESEPI AISKRIM MILO HOMEMADE

Bahan – bahan yang digunakan adalah :

  • Susu cair 1 tin
  • Milo 1 cawan
  • Serbuk koko 2 sudu besar
  • Susu pekat 2 sudu besar
  • Ovalet 1-2 sudu besar

 

CARA PENYEDIAAN AISKRIM MILO HOMEMADE :

▶ Mix kan ke semua bahan

▶ Masukkan ke dalam bekas

▶ Hias dengan coklat chip.

▶ Then masuk dalam peti ais semalaman.

▶ Siap dan sedia dimakan!

 

AISKRIM OREO HOMEMADE

Kalau tadi dah tengok resepi milo, sekarang jom kita tengok macam mana nak buat aiskrim oreo homemade pulak. Nampak simple je resepi perkongsian MakanLena ni.

Aiskrim oreo ni one of favourite juga tau. Sebab kadang-kadang bila gigit rasa crunchy oreo tu yang sedap!

RESEPI AISKRIM OREO HOMEMADE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Bahan A :

  • 1 ½ gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)
  • ½ tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla

 

Bahan B:

  • 1 paket oreo

 

CARA PENYEDIAAN AISKRIM OREO HOMEMADE :

▶ Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu

▶ Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi

▶ Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati

▶ Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim

▶ Masukkan ke dalam freezer. Biarkan sampai beku lebih kurang semalaman.

Siap! Selamat mencuba.

 

AISKRIM MANGGA LEMAK MANIS

Kalau ada mangga lebih di rumah, boleh cuba buat aiskrim mangga ni. Sekali dah buat, mesti suka dan akan repeat lagi dan lagi.

Rasa manis mangga dicampurkan dengan asikrim tu memang feeling macam makan aiskrim mahal tau. Sedangkan buat sendiri je pun jadi follow resepi Kamekmizah ni.

RESEPI AISKRIM MANGGA LEMAK MANIS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ½ biji mangga masak
  • 3 sudu susu manis
  • 1 mangkuk ais
  • 200 ml susu segar

 

CARA PENYEDIAAN AISKRIM MANGGA LEMAK MANIS :

▶  Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kecuali setengah biji mangga diketepikan (dipotong dadu untuk topping

▶  Blend hingga hancur seperti yang kita nak. Nak minum sebagai jus pun boleh. Tambah sedikit air sebab bahan ni pekat.

▶  Masukkan dalam bekas jika nak bekukan sebagai aiskrim. Taburkan potongan dadu mangga tadi. Bekukan sekurangnya 2 jam. Setelah itu boleh lah nikmatinya!

 

AISKRIM JAGUNG HAZELNUT

Sedapnya dapat makan aiskrim jagung hazelnut ni. Tak susah sangat nak buat asikrim ni, sebab cara dan resepi step by step dah ada. Tinggal kita nak follow je resepi Nor Zahida Aini ni.

Jom saya kongsikan macam mana nak buat aiskrim hazelnut ni. Bila dah siap, mesti korang akan semua.

RESEPI AISKRIM JAGUNG HAZELNUT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5 liter air masak
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis (nak manis boleh tambah lagi)
  • ½ cawan gula pasir
  • 3 sudu besar tepung jagung (di bancuh)
  • 1 sudu kecil garam

 

BAHAN BAHAN PERISA (IKUT CITARASA)

  • 3 sudu besar pes jagung
  • 8 sudu besar hazelnut coklat LECKER (masukkan dalam piping beg)

BACA JUGA: Pelbagai Masakan Simple Dan Ringkas Berasaskan Mee Segera. Sesuai Untuk Hidangan Santai Waktu Petang!

CARA PENYEDIAAN AISKRIM JAGUNG HAZELNUT :

▶  Masukkan air, susu cair, susu pekat manis dan gula dalam periuk. Kacau hingga gula larut dan semua sebati.

▶  Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga tiada ketulan. Kemudian masukkan perisa jagung dan garam. Kacau hingga sebati. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

▶  Sediakan plastik aiskrim yang panjang tu. Bahan perisa terpulang nak letak apa pun. Coki coki pun sedap. Boleh gunakan piping beg atau boleh guna sudu untuk masukkan dalam plastik aiskrim.

▶  Picit dan lurutkan coklat tu sampai ke bawah, kemudian guna gunting atau sudu buat macam belang belang. Sebab nak bagi nampak warna jagung nanti.

▶  Kemudian tuangkan campuran susu yang di masak tadi sehingga 3/4 plastik. Tinggalkan dalam 2 inci panjang untuk di simpul hujungnya nanti.

▶  Ulang langkah ke 4 dan 5 sehingga habis semua campuran susu tadi. Dah siap boleh sejukkan dalam peti sejuk beku semalaman atau hingga betul betul keras.

▶  Tadaaa! Dah siap aiskrim malaysia perisa jagung & hazelnut coklat. Memang sedap.

SELAMAT MENCUBA! 😋

 

AISKRIM SUSU WARNA-WARNI

Aiskrim ni kalau anak-anak tengok confirm akan berebut nak makan. Masing-masing berdiri depan kita bawa cawan masing-masing. Hehe.

Bukan warna je menarik tapi rasa dia pun sedap! Nak lagi sedap, makan dengan roti gardenia. Kemudian taburkan coklat chip atas nya.

RESEPI AISKRIM SUSU WARNA -WARNI

Bahan-bahan  yang digunakan adalah :

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovelat
  • 3 titik Pewarna merah
  • 3 titik warna kuning

 

CARA PENYEDIAAN ASIKRIM SUSU WARNA -WARNI :

▶  Sediakan bahan bahan, masukan susu cair, susu pekat dan ovelet, putar sehingga pekat. Boleh juga gunakan blender untuk lebih mudah.

▶  Kemudian, bahagikan 3 warna, putih, kuning dan merah

▶ Masukan satu persatu ke dalam bekas asikrim. Buat sampai habis adunan.

▶  Akhir sekali, sejukkan semalaman dalam freezer.

Siap, dan sedia dimakan!

** Warna ni terpulang kepada kita tau. Apa yang ada di rumah sahaja

Resepi ini dikongsikan oleh Simakterus.com

Lepas ni tak perlulah nak beli aiskrim lagi dah. Buat sendiri lebih jimat dan berbaloi sebab boleh makan banyak-banyak. Anak-anak pun akan suka bila dapat makan aiskrim ni tau. Boleh buat dan letak dalam peti ais.

Kepada korang yang nak belajar cara buat aiskrim sedap ni, boleh lah kongsikan dulu perkongsuan ni dekat wall facebook. Mana tau ada yang mendapat manfaat bersama.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open