Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kek Cheese Mudah Dan Lembut. Resepi Sedap Rasa Sekali Mesti Nak Lagi

0 1,595

Kepada yang suka makan kek cheese, memang saya recommend untuk cuba buat kek burnt cheese ni. Burnt bukan sebarang burnt tau sebab kalau burnt barulah rasa dia akan jadi padu!

Ramai yang dah kongsikan resepi cara nak buat burnt cheese kek ni sebab rasa dia yang sedap dan mudah nak buat. Barang-barang yang digunakan juga mudah nak dapat dari kedai berhampiran rumah kita.

Kek burnt cheese ni ada yang dah buat sebagai sumber income tau sebab tak semua orang ada masa nak buat kan. Jadi, cara yang mudah bila terasa nak makan beli je dari seller.

Kepada yang nak cuba buat sendiri, boleh cuba follow resepi yang Cik Puan Zulaikha Ghazali  ni kongsikan dengan kita.

 

RESEPI BURNT CHEESE CAKE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 250 gram Cream Cheese
  • ½ cawan gula
  • 3 biji telur
  • 125 ml Whiping cream
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla

 

CARA PENYEDIAAN BURNT CHEESE CAKE :

▶ Mula-mula sekali pukul cream cheese menggunakan mixer. Pukul sehingga cair sikit atau tidak berketul

▶ Kemudian, masukkan gula. Teruskan pukul sehingga gula hancur dan sebati.

▶ Seterusnya, masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila dah cukup tiga biji, berhentikan pukul sekejap.

▶ Masukkan esen vanilla.

▶ Kemudian, masukkan whipping cream. Mix sampai sebati. Guna speed sederhana.

▶ Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Teruskan pukul gunakan mixer sehingga adunan sebati.

▶ Sementara tu, boleh panaskan oven.

BACA JUGA: Pelbagai Resepi Kek Span Yang Sedap Dan Lembut. Adunan Lembut Dan Kegemaran Keluarga!

▶ Sediakan loyang, lapik dengan baking paper supaya tidak melekat nanti.

▶ Oven dah panas, tuang adunan dalam Loyang. Bakar dengan suhu 180 darjah Celsius selama 40 minit.

▶ Bahagian atas boleh hiaskan dengan buah-buahan dan juga taburkan gula icing supaya lebih cantik.

Siap dan sedia dihidang!

Bila dah masak bahagian atas kek memag seakan-akan terbakar tau. Sebab itulah dinamakan sebagai kek burnt cheese. Walaupun rupa terbakar tapi rasa dia memang sedap sangat.

Kepada yang baru nak belajar atau cuba buat kek burnt cheese ni, follow je step by step yang saya kongsikan ni, insyaAllah akan menjadi sedap.

Kek ni boleh buat untuk makan petang-petang, atau nak buat untuk hidangan tetamu datang juga sesuai. Semoga perkongsian resepi kek burnt cheese dapat membantu korang semua yang sedang mencari resepi yang mudah untuk dibuat.

Sebelum buat, jangan lupa sharekan dulu dekat wall facebook ye. Mana tahu ada yang perlukan resepi kek burnt cheese ini jugak.

Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open