Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Semperit Versi Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Kalau Buat Jual, Confirm Laku Keras!

0 620

Berapa hari je lagi nak raya. Kat atas meja tetamu wajib dihidangkan dengan kuih semperit. So, korang nak buat sendiri ke, nak beli? Kalau nak buat sendiri, resepi semperit versi rangup diluar dan lembut didalam ni lah yang korang kena buat. Memang sedap sangat! Rugi kalau tak cuba.

Kuih semperit ni ramai pemggemarnya. Ianya juga merupakan kuih tradisional yang seringkali di hidangkan bila menjelang hari raya. Kuih semperit tradisional biasanya berwarna kuning, tapi semperit modern sekarang ni mempunyai pelbagai warna. Diwarna warnikan pun boleh.

Nak buat kuih semperit ni masih menggunakan acuan semperit yang sama dari dulu. Teksturnya pula kena cair di mulut barulah rasa nikmat nak makan. Boleh dibuat klasik, boleh juga di buat dengan campuran susu pekat. Cara penyediaanya pun sangatlah mudah dan tak memerlukan bahan yang banyak.

Bahagian atas kuih semperit ni boleh di hias menggunakan kismis, coklat, jelly kering dan macam-macam lagi. Semua bergantung dengan citarasa masing-masing. Selain menggunakan butter dalam adunan semperit, korang juga boleh menggantikkannya dengan pure butter. Tapi, rasa susunya agak kuat berbanding mengggunakan butter biasa.

Mesti korang dah tak sabar nak cuba resepi semperit ni kan. Apa kata korang follow resepi yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Ali ni. Pasti korang teruja dengan hasilnya! Sebab tu ramai yang share dan nak cuba. Resepi ni viral 3.3k share kat Facebook tau!

 

RESEPI SEMPERIT 

Untuk pengetahuan semua, resepi ni merupakan resepi lagend mak kepada Encik Muhammad Ali yang di pakai untuk buat jualan. Kuih ni telah menjadi jualan raya selama lebih dari 13 tahun. Korang nak buat jualan pun boleh. Confirm laku keras!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250gm butter
  • 400 gm tepung jagung
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula aising
  • 1/2 cawang tepung cap rose merah/ Tepung biasa pun boleh
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • Sedikit esen vanila

CARA PENYEDIAAN KUIH SEMPERIT :

▶️ Kacau dengan senduk atau whisk, susu butter dan gula icing hingga sebati je. Jangan terlalu lama.

▶️ Kemudian, masukkan semua tepung dan uli doh dengan sebati.

▶️ Bahagi kepada 2 bahagian dan uli denga pewarna yang korang suka.

 

▶️ Gabungkan dua adunan dan masukkan dalam acuan.

▶️ Tekan dalam acuan dan hias.

▶️ Jangan terus bakar supaya bunga tak jatuh. So, korang kena biarkan setengah jam dulu barulah dibakar.

▶️ Bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau ikut oven masing-masing. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Mi Kicap Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Rugi Sangat Kalau Tak Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Nak buat malam raya pun sempat lagi kuih ni. Ikut sukatan adunan kat atas korang akan dapat 100 biji kuih semperit tau. Banyak juga tu! Buat sendiri lagi puas hati! Harga barang pun dah mahal sekarang ni. So, mesti harga kuih raya pun akan mahal nanti.

Suka sangat masuk kat wall Facebook Encik Muhammad Ali. Semua resepi yang beliau share dapat perhatian ramai. Dan ramai yang suka dan nak cuba. Korang yang suka buat kuih, kek dan macam-macam lagi resepi desert, kena usha wall Facebook milik beliau. Confirm korang teruja tengok semua resepi tu. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi semperit versi rangup diluar dan lembut didalam ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Buat banyak-banyak raya nanti okey, mesti ramai yang nak makan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open