Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Ayam Masak Kicap Pedas Versi India. Resepi Ringkas Tapi Serious Padu Makan Dengan Nasi Putih Jer!

0 2,489

Kalau kita suka makan pedas, wajib cuba menu resepi dalam perkongsian kali ini. Mungkin kita sudah terbiasa makan ayam masak kicap yang biasa. Tapi untuk ayam masak kicap pedas ni, sekali rasa je pun boleh buat kita jatuh cinta!

Nak buat ayam masak kicap pedas ni, memang lain dari yang lain. Bukan seperti masak biasa. Tapi sedapnya ayam masak kicap pedas ni, rasa ayam dia yang sangat juicy disebabkan kita perap dulu ayam tersebut.

Sesetengah orang lebih suka goreng dahulu ayam tersebut sebelum dimasukkan ke dalam kuah atau bahan tumis. Tapi untuk kali ni, kita masak ayam tanpa perlu gorengkan terlebih dahulu.

Nanti boleh cuba, sebab rasa dia memang marvellous! Mujur juga jumpa resepi dari Cik Puan Selvanayagi Rajalingam ni. Bukan hanya rasa, malah bau dia memang dah boleh buat kita berselera!

 

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering
  • Daun Kari
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Tomato

BAHAN PERAP

  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Bawang putih
  • Halia
  • 2 sudu pes cili/ cili boh
  • Kicap cap Tamin

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KICAP PEDAS :

▶ Mula -mula sekali, lumurkan kunyit dan garam pada ayam.

▶ Kisar Bawang putih dan halia dari bahan perap untuk jadikan pes. Masukkan dalam dalam ayam yang kita gaul dengan garam kunyit tadi.

▶ Seterusnya, masukkan cili boh atau pes cili dan gaul sebati. Pastikan ayam tergaul mesra dengan bahan-bahan tau.

▶ Kemudian, masukkan kicap. Boleh gunakan apa-apa jenama kicap.

▶ Perap sebentar lebih kurang dalam 15 – 30 minit.

▶ Dah cukup masa, panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak.

▶ Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.

▶ Kemudian, masukkan cili kering dan daun kari. Biarkan sekejap dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.

▶ Masak sehingga bawang pun dah layu, masukkan tomato.

▶ Tak perlu tunggu lama, boleh terus masukkan ayam yang kita perap tadi. Simpan dulu lebihan perapan tu.

BACA JUGA: Pelbagai Masakan Menggunakan Telur Masin. Resepi Mudah Dan Sedap Sehingga Menjilat Jari!

▶ Jangan lupa tutup kuali supaya ayam kita lebih cepat masak.

▶ Sesekali boleh buka dan kacau ayam supaya masak sekata.

▶ Lebih kurang 10 minit, masukkan baki perapan ayam kita.

▶ Tutup kembali dan masak sehingga ayam betul-betul masak.

▶ Ayam dah empuk dan masak sempurna, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan!

Nak buat ayam masak kicap mungkin ramai yang tahu, tapi tak semua pandai buat ayam masak kicap yang rasanya memang marvellous macam ni.

Lengkap perasa dia, dengan ayam yang lembut dan juicy, rasa pedas, manis dan masinnya. Semua lengkap dalam satu hidangan. Lauk macam ni, tak perlu untuk ada beberapa lauk lain lagi dah. Cukup dengan nasi panas-panas confirm akan bertambah kita dibuatnya!

Untuk kita yang baru nak belajar buat masakan yang simple dan mudah, boleh masukkan resepi ayam masak kicap pedas ni dalam list kita tau. Sangat senang nak buat dan rasa dia pun sangat-sangat sedap!

Boleh sharekan perkongsian ini di facebook masing-masing dulu ye. Senang nanti nak rujuk bila nak buat untuk hidangan masakan kita. Lagi pula, mana tahu ada orang lain yang boleh dapat manfaat yang sama macam kita kan.

Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open