Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Wantan Goreng Yang Mudah Dan Sedap. Nak Kukus Atau Buat Sup Pun Boleh!

0 15,219

Ada tak penggemar wantan kat sini? Kalau ada, apa kata korang follow resepi wantan goreng ni. Korang nak kukus atau buat sup pun boleh. Sedap sangat! Boleh juga buat banyak-banyak dan frozenkan dalam peti. Bila-bila nak makan, korang boleh terus masak je ikut citarasa masing-masing.

Intinya pula boleh dipelbagaikan. Biasanya akan diintikan dengan dada ayam kisar ataupun cincang. Dicampur pula dengan carrot, daun sup, daun bawang, dan beberapa bahan masak yang lain. Rasa rangup je bila di goreng nanti. Nak makan dengan sos pun boleh.

Resepi wantan goreng ni sudah pasti ramai penggemarnya. Dan untuk pengetahuan, kulit wantan tu juga sedap di goreng dan di makan dengan sos macam tu je. Kalau kat kedai makan cina muslim, mesti ada yang jual keropok wantan ni. Makan macam tu je pun dah sedap.

Simple sangat cara buat wantan ni. Korang hanya perlu gaul semua bahan untuk inti, dan masukkan dalam kulit wantan. Tutup inti dengan cara lekatkan hujung wantan dengan air sama seperti bungkusan sup bunjut. Kemudian, bolehlah kalau korang nak goreng, kukus dan buat sup.

Resepi wantan goreng, kukus dan sup ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ida Zaida. Nampak simple, mudah dan sedap! Nak campur dalam mee sup pun sedap tau. Jom buat banyak-banyak dan simpan stok dalam peti. Bila-bila nak makan pun boleh. Lagi jimat dari beli wantan frozen kat luar.

 

RESEPI WANTAN GORENG, KUKUS DAN SUP

Ada je wantan frozen yang jual kat pasaraya. Tapi, lagi best kalau buat sendiri. Korang follow je resepinya disini. So, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Kalau dah lengkap semua bahan, bolehlah terus buat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 keping dada (kisar/cincang)
  • Carrot
  • Daun sup/daun bwg
  • Cili merah
  • Sedikit bwg Holland
  • 1 ulas kecil bwg putih
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Maggi cukup rasa
  • Garam/gula
  • Kulit wantan

CARA PENYEDIAAN WANTAN GORENG/ SUP/ KUKUS :

▶️ Semua bahan-bahan kecuali kulit wantan dicincang dan digaul sebati. Lepastu perasakan.

▶️ Dah siap bolehlah di bungkus dengan kulit wantan.

▶️ Nak bagi lekat, korang guna sedikit air je untuk sapu di sekeliling wantan dan bungkus. Paling mudah bungkus je macam sup bunjut tu.

▶️ Lepas tu bolehlah di goreng, kukus atau dibuat sup. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Semperit Versi Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Kalau Buat Jual, Confirm Laku Keras!

 

Dah siap pun wantan kita. Korang suka makan macam mana? Kalau tanya kat saya, saya prefer goreng. Memang rangup sangat. Boleh makan untuk minum petang atau duduk bersantai sambil tengok tv. Laju je habis sepinggan bila makan nanti.

Untuk pengetahuan, Cik Puan Ida Zaida memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Rata-rata resepi yang beliau share memang jadi perhatian ramai. Korang boleh ushaa wall Facebook milik beliau, untuk tengok pelbagai lagi resepi menarik.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ida Zaida kerana sudi berkongsi resepi wantan goreng, kukus dan buat sup ini kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open