Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuih Lompang Jagung Yang Simple Dan Sedap. Mudah Sangat Buatnya!
Kuih lompang jagung merupakan kuih tradisional rakyat Malaysia yang dimasak dengan cara kukus dalam acuan berbentuk cawan. Kuih lompang ini sedap dimakan dengan taburan kelapa parut yang diperasakan dengan sedikit garam. Terasa manis masin bila dimakan.
Jagung yang digunakan perlu dikisar halus dan ditapis. Untuk mendapatkan jus jagung. Kemudian dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Cara penyediaannya sangatlah mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah diperolehi.
Kuih ini sesuai dihidangkan bila adanya rumah terbuka atau majlis kenduri kendara. Kuih tradisi melayu ini terbukti disukai ramai. Ianya di panggil kuih lompang bukan sebab kuih ini tidak menjadi tetapi kuih ini ada sidikit lubang dibahagian tengahnya.
Resepi kuih lompang jagung yang mudah dibuat ini adalah hasil perkongsian seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Badariah Abdrahman. Mungkin disebabkan cara penyediaannya yang mudah ramai yang ingin mencuba resepi ini.
Kuih ini juga sangat sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Kepada penggemar kuih tradisional apa kata anda mencuba resepi kuih lompang jagung ini. Pasti seisi rumah sukakannya.
RESEPI KUIH LOMPANG JAGUNG
Kuih lompang boleh dimasak pelbagai contohnya lompang pandan, jagung, gula melaka dan macam-macam lagi. Nak tahu macam mana nak buat kuih lompang jagung yang simple dan sedap? Jom follow resepi dibawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cwn tepong beras.
- 1/2 cwn tepong ubi.
- 1 cwn gula
- 4 cwn air (2 cwn untuk masak dengan gula, 2 cwn lagi untuk kisar jagung tin)
- Daun Pandan
- 1/2 cwn jagung tin
- 1 sdm air kapur
- Sedikit garam
- Perasa jagung
- Pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN KUIH LOMPANG JAGUNG :
▶️ Mula-mula, masak 1 cawan gula dengan 2 cawan air yang dicampur daun pandan. Bila dah mengelegak ketepikan dan sejukkan.
▶️ Seterusnya, kisar 1/2 cawan jagung tin dengan 2 cawan air sehingga halus.
▶️ Perasakan dengan sedikit garam. Masukkan juga 1 sdm air kapur, perasa jagung dan pewarna kuning. Campur kesemua bahan dan tapis.
▶️ Satukan 2 cawan tepung beras dan 1/2 cawan tepung ubi. Kemudian, masukkan jus jagung yang ditapis tadi. Kacau rata adunan.
▶️ Masukkan air gula yang dimasak tadi kedalam adunan tepung. Kacau sebati dan tapis lagi sekali untuk elakkan adunan berketul-ketul.
▶️ Sapukan minyak pada acuan pengukus. Panaskan dahulu dan tuangkan adunan dalam acuan.
▶️ Kukus selama 20-25 minit dengan api yang besar. Kalau nak cantik penutup perlu ditutup dengan kain.
▶️ Bila dah masak buka penutup dan kecilkan api. Biarkan 5 minit baru matikan api. Siap!
BACA JUGA: Resepi Shell Out Homemade Yang Super Sedap Dan Special. Confirm Anda Puas Hati!
Siap! Semudah itu rupanya. Nak makan kuih ni jangan lupa taburkan sekali dengan kelapa parut yang diperasakan dengan garam. Masa nak makan nanti baru taburkan. Supaya kuih tak cepat basi sebab kelapa tadi.
Kuih ini juga sesuai dijual waktu pagi. Boleh dijadikan bekalan semasa pergi kerja. Ada je orang yang bekerja tak sempat nak buat sarapan pagi. Dan semestinya mereka membeli kuih di tepi jalan. Kuih ini juga laku keras dijual.
Rasa jus jagung asli dalam kuih ni menyebakan ianya sedap dimakan. Ditambah pula aroma daun pandan pastinya menyelerakan. Semoga resepi kuih lompang jagung ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!