Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Lempeng Pisang Resepi Nenek. Terasa Rindu Kampung Halaman!

Resepi lempeng pisang
0 58,236

Lamanya tak makan lempeng pisang macam ni kan. Kalau dulu duduk kampung, nenek akan buat lempeng ni setiap pagi sebagai breakfast. Nak sedap lagi, makan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam.

Nak buat lempeng pisang ni tak semua jenis pisang boleh digunakan. Sebab tak semua pisang boleh dimakan begitu sahaja. Kalau ada pisang emas, pisang awak atau pisang berangan yang dah betul-betul masak barulah boleh digunakan.

Senang je nak buat lempeng pisang sebenarnya. Kalau sekali belajar pun dah boleh pandai. Tapi kita kan kadang-kadang suka air tangan nenek, air tangan bonda. Ada berkat gitu.

Untuk perkongsian kali ni, saya share resepi daripada Facebook Chef Ninja yang kongsikan kepada kita macam mana nak buat lempeng pisang resepi kampung-kampung.

Nak betul- betul rasa macam kampung, bakar kena pakai sabut. Bau dia akan jadi lebih sedap dan wangi je. Makan pun sedap waktu masih suam panas.

 

RESEPI LEMPENG PISANG 4 BAHAN

Hanya gunakan 4 bahan sahaja tau nak buat lempeng pisang ni. Sekiranya tak ada pisang dan nak buat lempeng kosong pun boleh. Follow je resepi dekat bawah ni ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 biji pisang berangan
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Tepung gandum ( agak sama dengan pisang )
  • Sedikit garam
  • Minyak atau butter untuk sapu pada kuali

 

CARA PENYEDIAAN LEMPENG PISANG 4 BAHAN :

▶ Mula-mula sekali, lenyekkan pisang sehingga hancur keseluruhannya.

▶ Kemudian masukkan susu pekat dan juga tepung gandum.

▶ Gaul sampai semua bahan sebati.

▶ Perasakan dengan garam.

▶ Panaskan kuali, sapu minyak atau butter.

▶ Sendukkan adunan dan leperkan nipis.

▶ Masak guna api yang perlahan sahaja. Biar ada hangi-hangit garing sikit baru terbalikkan dan masak sebelah lagi.

▶ Buat sampai habis adunan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Mamak Rangup. Anak-Anak Comfirm Suka!

Waah! Terasa macam makan lempeng nenek dan mak kita buat kan. Kalau perasan kan, dulu-dulu punya versi, ada daun pisang.

Potong daun pisang memanjang, letakkan di bahagian tengah. Leperkan. Kemudian letak kelapa parut yang digaulkan dengan garam. Masak sampai lempeng masak sepenuhnya. Kemudian terbalikkan.

Paling sedap makan panas-panas di waktu petang. Memang boleh buat kita berebut tau! Kalau yang mana nak cuba tu boleh follow je resepi yang saya kongsikan ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open