Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Char Kuey Teow Penang Yang Mudah Dan Sedap. Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!
Nak makan char kuey teow penang? Jangan bimbang, boleh follow resepinya disini. Lebih mudah dan tak cukup sepinggan dibuatnya. Tanpa menggunakan paste anda dapat hasilakan char kuey teow yang sedap dan menyelerakan.
Rasanya juga pasti sama dengan char kuey teow penang. Basah je, guna kuey teow yang nipis lagi sedap. Kepada penggemar resepi ini, anda wajib cuba! Tak perlu beli diluar lagi, buat sendiri lebih puas hati.
Bila rasa bosan nak makan nasi, sekali sekala boleh tukar kepada char kuew teow kan. Nak nak pula char kuey teow udang. Memang sedap! Selain udang anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menggunakan kerang.
Siapa suka makan char kuey teow dengan jeruk cili? Boleh gunakan resepi ni dan makan bersama jeruk cili. Memang padu. Lengkap dengan rasa manis, masin, pedas dan masam. Tapi nak makan tanpa jeruk cili pun boleh je.
Resepi char kuey teow penang ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Noratiqah Nordin. Hasil perkongsiannya di facebook, sebanyak 1.1K share yang dapat kita lihat. Ramai juga penggemar resepi ni rupanya.
RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG
Bahan memasak yang digunakan juga tidaklah leceh. Kebanyakannya menggunakan bahan memasak yang biasanya tersedia didapur anda. Nak tahu bagaimana cara penyediaannya? Jom follow disini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sebungkus kuey teownipis (Saiz biasa pun boleh)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu besar cili kisar
- 4 sudu sos tiram
- Kicap
- 1/4 kiub ikan bilis
- Sayur kucai
- Taugeh
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air rebusan udang
- Udang (rebus dulu dan airnya jangan dibuang)
- Kerang
- 2 biji telur
- Minyak (secukup untuk bahan menumis)
CARA PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW PENANG :
▶️ Masukkan 1 sudu besar cili kisar dan bawang putih yang ditumbuk. Gaul hingga naik bau.
▶️ Masukkan sos tiram, sayur kucai, kiub ikan bilis dan air rebusan udang.
▶️ Masukkan juga kicap secukupnya. Nak gelap mana pun boleh.
▶️ Seterusnya, masukkan pula kuey teow nipis. Kalau tak ada guna yang biasa pun tak pe.
▶️ Masukkan udang dan kerang. Perasakan juga dengan garam dan gula secukupnya.
▶️ Masukkan telur dan gaul manja sehingga telur masak.
▶️ Masukkan taugeh gaul sekejap dan tutup api.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Pau Sambal Atau Burger Malaysia Yang Mudah Dibuat. Gebu, Lembut Dan Pastinya Sedap!
Wah, dah siap! Mudahnya. Makan panas-panas memang syok je. Kena makan waktu panas supaya kuah yang ada tak kering diserap kuey teow. Biasanya bila beli kat luar, sampai je rumah kuah dah kering dan kuey teow pun menggembang.
Bila dah kembang tak sedap sangat pula nanti. Buat sendiri dirumah lebih puas hati. Siap masak je boleh hidang terus. Masa yang diambil untuk penyediaannya juga tidaklah lama. Boleh dihidang bila-bila masa sahaja.
Lepas ni gunakan resepi ini untuk buat char kuey teow secara homemade. Nak campur ayam, kerang, udang pun boleh. Semoga resepi char kuey teow penang ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!