Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Korean Spicy Chicken Homemade. Rangup Dan Sedap Hingga Menjilat Jari!
Pasti semua tahu tentang keenakan ayam goreng pedas Korea kan? Apa yang unik tentang Korean spicy chicken ini adalah pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Senang kata, boleh kecur air liur dibuatnya.
Dakganjeong nama lain bagi ayam goreng pedas Korea ini disalut dengan sos. Dan menghasilkan tekstur yang betul-betul rangup dan pedas. Dimasak sebanyak dua kali dengan menggunakan kuali yang sama.
Paste gachujang juga boleh digunakan dalam penyediaannya. Tapi, anda tidak perlu membeli sos gachujang yang mahal kerana Korean spicy chicken ini boleh dimasak menggunakan bahan-bahan dapur anda sepeti serbuk cili, sos tomato dan sos cili.
Siapa je yang tak gilakan resepi dari Korea ini? Tentu ramai yang sudah mencubanya. Apa kata kita cuba masak resepi ini secara homemade. Ikuti saja perkongsian resepi dari Cik Puan Nur Masri. Confirm puas hati dengan hasilnya!
Bila buat sendiri resepi Ini dirumah, anda mampu mengawal tahap kepedasannya. Berbeza dengan resepi yang kita makan di kedai. Tak terkata pedasnya! Jangan buang masa lagi, mari kita lihat bagaimana cara penyediaan resepi ini.
RESEPI KOREAN SPICY CHICKEN
Masakan Korea di Malaysia hari ini bukan lagi satu yang baru. Terdapat banyak restoran Korea di seluruh Malaysia. Mungkin disebabkan oleh penerimaan masakan Korea yang sudah diterima tekak orang Malaysia.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10 ketul ayam
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Lada berperisa Aji Shio
- 4 sudu besar air
- 1 sudu besar Tepung goreng berempah/ Bestari
Bahan untuk sos :
- 5 ulas bwg putih
- 2 Sudu bsr cili kisar
- 2 sudu bsr cili serbuk
- 2 sudu bsr sos cili
- 2 Sudu bsr sos tomato
- 4 sudu bsr Madu
- Sedikit perahan air lemon
- Bijan (disangai)
CARA PENYEDIAAN KOREAN SPICY CHICKEN :
▶️ Kisar bawang putih dan halia. Gaul pada ayam dan tambah serbuk lada berperisa. Kemudian, perap ayam selama 30 minit.
▶️ Bancuh 4 sudu besar air dengan 1 sudu besar tepung goreng berempah/ Bestari.
▶️ Celupkan ayam yang diperap tadi dengan bancuhan tepung. Kemudian, salut dengan tepung goreng berempah/ Bestari. Perap lagi 5 minit.
▶️ Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
Cara penyediaan sos :
▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
▶️ Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
▶️ Masukkan cili kisar, cili serbuk, sos cili dan sos tomato. Kacau seketika.
▶️ Masukkan madu dan tambahkan sedikit air. Kalau nak rangup jangan masukkan banyak air.
▶️ Seterusnya, masukkan perahan lemon.
▶️ Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto. Biarkan sos sejuk seketika untuk mendapatkan ayam yang rangup.
▶️ Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.
▶️ Akhir sekali tabur bijan diatas ayam. Siap!
BACA JUGA: Resepi Kek Coklat Kukus Takde Topping. Kek Lembut, Moist Dan Tak Muak. Sedap Sangat Hasilnya!
Siap untuk dihidang! Wow, aromanya memang menyelerakan. Penggemar masakan Korea yang pedas wajib cuba resepi ni. Ada juga peniaga kecil yang menjual resepi ini dipasar malam. Ianya turut menarik perhatian ramai.
Dengan kos yang jimat, anda dapat menikmati ayam goreng Korea dirumah. Walaupun dimasak dua kali, kuali yang digunakan tidak perlu dicuci untuk masakan kali kedua.
Banyak kebaikkan bila kita masak dirumah. Anda tidak akan merasa was-was dengan bahan memasak yang anda gunakan. Terjamin halal dan bersih. Semoga resepi Korea spicy chicken ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!